0
Minggu lepas dkna sempat makan beberapa biji durian...eh! beberapa ulas durian kat Kelantan. Rasanya dah lama tak makan durian. Kalau kat Putrajaya nie nak dapatkan durian memang senang, pergi jer pasar malam hari Selasa dan Jumaat pasti jumpa durian. Tapi jangan ditanya tentang harganya ok.

Sekarang nie fenomena durian crepe melanda dunia. Kuat betul penangan durian crepe ibaratnya kalau dkna ni mengidam, mau meleleh air liur nak makan durian crepe.


kredit : Resepi 

Tengahari tadi berangan-angan nak cari durian crepe esok, maklumla hari minggu katakan. Nak habiskan masa dan sisa-sisa duit yang ada jadi perancangan awal mau cari durian crepe kat Kolompur. Punyalah jauh nak mencari menu nie kan! Percayalah, ini nafsu makan semata-mata.




Alih-alih masuk pejabat lepas rehat tadi ada pulak rezeki untuk dkna.

'ada lebih tak akak buat Durian Crepe nie akak?'

'ada satu lebih tu dalam plastik'

'saya nak la akak...saya beli yea'
.

Ok! Satu pejabat diselubungi bau durian. Perut pun dah tak tahan nak merasa nikmatnya durian crepe. Yea..kali pertama dkna nak cuba durian crepe. Mata asyik memandang jam ditangan manakala hidung menghidu bau durian. Tunggu testimoni durian crepe dari dkna yea .

Post a Comment

 
Top