0
Siaran Motivasi Pagi di tv3 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7.00 pagi. Terlewat lebih kurang 15 minit siaran berlangsung, ini gara-gara bergolek-golek atas katil bujang sambil melayan Facebook.

Bila buka tv3 terus teruja dengan tajuk Pengurusan Rumahtangga "MASA". Sejak akhir-akhir nie banyak pulak dkna terperasan kat tv rancangan untuk suami isteri, majlis bersanding dan lain-lain berkaitan dengan rumahtangga. Adakah sebab dalam fikiran dkna sekarang sedang menghitung hari, jadi kesemua rancangan tv yang berkaitan jadi daya penarik. *sigh





Sedikit perkongsian yang dkna dapat dari motiasi tadi. Topik yang ditekankan adalah pengurusan masa bagi suami isteri untuk bersama-sama. Baru dkna tau yang isteri mempunyai hak untuk bersama-sama suami. Hak "masa" yang diperlukan untuk pasangan suami isteri seperti contoh :-

  • Masa bersama isteri
  • Masa berbincang
  • Masa beristirehat *bukan beristeri lagi


Masa yang dimaksudkan seperti kesibukan suami atau isteri yang bekerjaya, jangan sampai 24jam diluar rumah, lupa anak isteri dirumah. Suami perlu bijak mengagihkan masa untuk keluarganya. 

Masa amat penting, masa amat bernilai. Harga masa hanya dapat dinilai bagi mereka yang tau menghargai masa. 

Bagi mereka yang tak dapat menilai masa adalah orang yang terlalu sibuk diluar sana.

Itu saja perkongsian yang dkna dapat untuk hari ni. Semoga dengan perkongsian ini dapat mengeratkan lagi hubungan kawan-kawan dalam rumah tangga. InsyaAllah. 


Post a Comment

 
Top