1
Korang dah tukar kad pengenalan baru? Haaa...dkna baru jer buat kad pengenalan baru semalam, hari ni dkna dah dapat kad pengenalan baru. Cepat kan? Tempoh satu hari dah dapat kad pengenalan. Kemudahan ini hanya ada kat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, untuk cawangan negeri pulak dkna tak pasti boleh siap secepat ini atau tidak.

Semalam dkna ada up status kat Facebook ajak kawan-kawan buat kad pengenalan kat Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok C2. Kelakarnya ada yang ingat dkna tersalah mention antara JPA dengan JPN. Sebenarnya semalam JPN datang bersama-sama basnya yang proses kad pengenalan secara bergerak ke JPA, sebab tu dkna ajak reramai pergi JPA buat kad pengenalan.

*Macam bas perpustakaan bergerak, zaman sekolah dulu kan ada kat sekolah... 

Dkna dapat no giliran ke 34 *ada orang tolong ambik..jangan marah yea. Tak sampai setengah jam beratur, dah dipanggil naik dalam bas untuk buat kad pengenalan. Ada 3 kaunter kat dalam tu, jadi masa menunggu lebih singkat tambahan staff JPN semuanya peramah lagilah bertambah seronok dan senyum lebar dkna kat dorang.

Kat dalam bas dah ada staff yang menunggu untuk ambik gambar, kalau rasa nak ubah gambar baru boleh snap gambar kat situ tapi kalau rasa nak kekalkan gambar lama waktu muda mudi tak perlu nak bergambar kat dalam bas. 





Dkna nak tukar gambar! Yess...siap boleh tengok sendiri gambar tu cantik atau tak. Kalau tak puas hati, posing tak cukup cun, boleh request dengan staff tu nak ambil lagi sekali gambarnya sambil kenyit-kenyit mata. 

Nampak kad pengenalan dkna yang baru bertudung coklat lagi muda dari kad pengenalan lama tudung hitam...huwawaaa... * kembang hidung semangkuk!

Bagi syarat untuk permohonan kad pengenalan baru (rosak) seperti berikut :-

  • Pemohon mesti hadir * tak boleh hantar wakil
  • Bawa Kad Pengenalan Asal * bukan yang fotostat
  • Bayaran dikenakan seperti berikut : Warganegara RM 10 /  Bukan Warganegara RM 40

Lebih senang, cepat dan mudah. Kad Pengenalan dkna tak rosak, tapi bila nak tukar baru dikira sebagai rosak. Kad pengenalan yang lama akan dikembalikan kepada pemilik asal tapi pada bahagian cip dan no kad pengenalan dah ditebuk atas dasar keselamatan. 

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman web http://www.jpn.gov.my.


Post a Comment

Anonymous said... 18/1/15 12:46 PM

Dahla aku jarang2 guna mykad..time nk gune rosak plak menatang chip tuh!nk tukar bru kene lak byar?!!bru 2-3 guna truz jahnam.Mmg betul la skang ni bkn krjaan tp kerajahanam.Adanya kerajahanam sbb banyak kera2 yg menyokong.

 
Top