0
Baru jer baca paparan di akhbar online Berita Harian mengenai permohonan bagi mereka yang bakal menjadi kakitangan kerajaan. Ok, ringkasan yang dkna petik dari Berita Harian  :- 

"Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata setiap calon akan ditapis dari segi kesahihan kewarnegaraan Malaysia, sijil kelayakan dan rekod jenayah. 

Beliau berkata, transformasi yang pertama kali dilakukan ini akan mempercepatkan pengesahan jawatan penjawat awam dari tiga tahun ke enam bulan hingga setahun. " kredit Berita Harian


Apa yang dkna faham, setiap calon akan ditapis dari segala aspek untuk mempercepatkan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan awam. Sekarang syarat untuk sah jawatan dalam perkhidmatan adalah dari tempoh 1 hingga 3 tahun perkhidmatan dan lulus peperiksaan yang menjadi syarat wajib kakitangan kerajaan. 

Peperiksaan untuk setiap jawatan juga berbeza-beza mengikut skim masing-masing. 

Bila penapisan bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2013, maka tempoh untuk sah jawatan dalam perkhidmatan kerajaan akan menjadi lebih singkat dari enam bulan sehingga 1 tahun

Bagi dkna, tempoh ni memang betul-betul singkat untuk menilai seseorang pegawai kerajaan. Teringat waktu dkna belum sah jawatan dalam perkhidmatan, rakan-rakan asyik perli dengan ayat macam nie :-

'cop jari tak kering lagi'

Dulu dkna tak faham maksud disebalik sindiran  rakan-rakan. Rupanya mereka mengingatkan rakan-rakan yang baru menjejak kaki ke perkhidmatan awam supaya lebih berhati-hati dalam tempoh 1 hingga 3 tahun. Tatalaku dan gerak geri diperhatikan dan pantang buat salah risiko untuk disingkirkan dalam kerajaan adalah lebih tinggi berbanding mereka yang sah jawatan.

Bila dah sah jawatan pulak, dorang perli lagi dengan ayat berbeza :-

'naik lemaklah sekarang'

Aduuuuii..macam-macam kan? Bila dkna ingat balik pengalaman lepas boleh dijadikan bahan lawak. Alhamdulilah...kini dkna selesa menjadi penjawat awam dan pelajar separuh masa ditambah pula dengan minat berblog. 

Bagi rakan-rakan yang sedang mencuba nasib untuk menjadi salah seorang kakitangan kerajaan, jangan sia-siakan peluang yang ada. Segala persiapan sebelum menjadi menjawat awam amat penting terutamanya ketika hadir temuduga. 

InsyaAllah....percaya pada rezeki masing-masing. Kalau bukan dalam sektor kerajaan, mungkin korang berjaya dalam dunia maya (blogger tegar) terutamanya. 



Post a Comment

 
Top