0
Bila di ajukan soalan sebegini "Apa sumbangan awak sebagai blogger?". Fikiran mula melayang-layang dan hati berkata-kata "apa yang pernah aku sumbangkan sebagai blogger?"

Seluruh rakyat Malaysia boleh menyumbangkan sesuatu yang bermakna untuk kehidupan orang lain. Dkna pula diberikan peluang untuk berkongsi cerita bersama-sama seluruh rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama dkna telah terlibat secara langsung dengan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah dilancarkan oleh laman web bidaan Chikapowwow "I CARE 2 SHARE".


Ia bertujuan untuk rakyat Malaysia memberi sumbangan bagi tujuan kebajikan dengan berkongsi cerita untuk dibaca oleh rakyat Malaysia melalui Project Listen. Dkna telah berkongsi cerita kisah kehidupan dkna sebagai seorang seorang anak di http://projectlisten.com.my/DKNA_story.php

Banyak lagi kisah suka dan duka yang dikongsi bersama-sama di Project Listen. Setiap kisah dan video yang dipaparkan di Project Listen ini akan didermakan sebanyak RM 1 kepada PruKasih. Pru Kasih bertanggungjawab memberikan bantuan kewangan kepada keluarga miskin yang memerlukan. 

Apa lagi yang ditunggu? Jom SHARE kisah dkna di Facebook dan Twitter. Diharap dengan perkongsian kisah ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan diluar sana. InsyaAllah, Tuhan akan murahkan rezeki kalian dengan niat yang ikhlas. 


Post a Comment

 
Top