Dkna Abza ^-^
Seperti mana cuti sekolah sebelum nie pasti banyak undangan perkahwinan kan? Kali ini dkna mengundang korang diundang oleh kawan lama dkna, Yana. Kami belajar bersama-sama ketika di Johor 5 tahun lepas. Tak sangka jodoh Yana yang dikategorikan gadis yang sopan santun, jalan pon tertib bertemu dengan lelaki yang dulu kami tak jangka akan jadi peneman sehidup semati sahabat kami.
Tahniah buat Yana dan Am. Semoga perkahwinan korang ni kekal hingga akhir hayat. Perkenalan dorang nie mamang unik sekali. Kami (dkna, ima & yana) tak pernah kenali siapa Am. Dia merupakan kawan kepada Din (rakan sekelas) yang hadir ketika 1st reunion yang kami buat tahun 2009. Dari usikkan kami rakan-rakan sekelas yang duk ushakan Am untuk Yana akhirnya menjadi doa yang dimakbulkan oleh-Nya.
Dkna setuju dengan sesetengah pendapat, setiap usikkan atau kata-kata itu kadang-kadang ia merupakan doa untuk kehidupan orang lain. Oleh itu berkata-kata yang baik untuk orang disekeliling kita sebab ia merupakan doa yang pasti didengar oleh-Nya. Dari usikkan kami yang nakal nie mungkin doa untuk mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin.
| with BFF, Ima |
Ima datang dari tempat kerja sorang diri semata-mata nak hadirkan diri bagi majlis kawan kitorang. Respect kat ima drive sendorang tanpa suami disisi. Kuat semangat Ima nie sebab dia berada dalam kategori PJJ (perkahwinan jarak jauh).
Ketika ni dkna dan Ima syok duk tengok pengantin bergambar kat atas pelamin, kami sebagai tetamu terhormat duk bawah sebagai penonton terhormat. Nak p bergambar jadi segan sebab ramai sangat duk tunggu Q nak bergambar ngan pengantin. Tunggu punya tunggu, habis nasik 1 pinggan, air 1 gelas. Pastu bersiap-siap nak balik sebab perot dah kenyang.. he he he
| Yana & Am |
Hanya snap gambar dari jauh. Nasib baik camera boleh zoom. Tapi kami tetap naik atas tuk amek gambar kenangan bersama raja sehari. Gambar kami ber-4 nanti tunggu Yana upload kat fb jer la.
| Dewan |
Akhir sekali dkna posing dengan mak buyong nie depan dewan sebelum masing-masing balik rumah. Nanti bila baby dah keluar, boleh suruh baby baca blog nie yea. Tengok mummy posing sakan dengan baby.. he he he
Tak lupa juga buat kawan kami Linda & Fendi juga melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama di Johor.
'Maaf Linda, aku tak dapat hadir wedding ko tapi dari jauh aku doakan ko bahagia hingga akhir hayat dengan fendi. Aku bangga ngan hubungan ko yang terjalin ni Linda, Tuhan buat yang terbaik untuk korang tak seperti apa yang aku pernah alami'
Semoga kedua-dua pasangan ini kekal berasama-sama hingga akhir hayat.
p/s : tak semua orang mendoakan kita cepat dapat jodoh, ada yang mendoakan sebaliknya.












