Mungkin dkna mampu beli pakaian mahal tanpa perlu post kat entry semalam. Biarlah orang kata baju dkna murah, dkna tak kisah. Baju yang agak mahal itu biarlah disorokkan, jangan sampai orang mengata dkna menunjuk-nunjuk beli baju mahal-mahal kat blog. Tak pasal-pasal korang bagi pahala free kat dkna di bulan puasa ni.
| Bundle 2012 |
Mungkin dkna mampu beli pakaian baru dan tak pernah beli pakaian bundle tapi masih ramai yang buat pilihan disana. Katanya murah walaupon ia pakaian bundle tapi ada jenama, kain masih elok dan lain-lain alasan bagi peminat bundle.
| Kasut Bundle |
Semalam dkna tambah tapak sandle jenama Primavera, masih ada tag harga pada tapak sandle tu sehingga Wak (tukang kasut) tegur tentang harganya, dkna pula yang rasa malu dengan Wak. Mungkin bagi kita kasut mahal sebagai kepuasan dan berbaloi dengan kualitinya, tapi bagi orang lain ia satu pembaziran.
| Bundle Pantai Bachok, 2012 |
Gambar jualan bundle nie dkna amek kat Pantai Bachok, Kelantan baru-baru ni. Tapak jualan bundle nie memang besar dan ramai yang memilih bermacam-macam jenis pakaian, kasut dan lain-lain. Kagum sebab mereka mencari rezeki yang halal dan mampu untuk dibeli oleh orang ramai.
Kadang-kadang terdetik dihati 'aku rasa hidup aku susah, tapi masih ramai lagi insan yang susah dari aku. Ya Allah, aku beryukur dengan rezeki dari-Mu. Permurahkan rezeki bagiku untuk hari-hari mendatang...amiinn'.
p/s: apa masalahnya kalau pakai baju siam?




















