0
Beberapa hari lepas dkna berurusan di Bank Islam untuk bayar yuran sekolah kemudian bergegas pula ke BSN untuk tukar kad BSN yang baru. Sebelum ni kad BSN dkna color biru. Entah dah berapa lama pakai kad BSN tapi tak pernah perasan pulak kat kad tu ada tarikh tamat tempoh.

Bila nak keluarkan duit baru dapat tau yang kad dah tak boleh pakai. Kad dah tamat lebih kurang sebulan lebih baru terhegeh-hegeh buat kad baru. Itu pon terpaksa curi-curi masa ke bank sambil settel urusan pembayaran yuran sekolah.

Alang-alang dah ke BSN, dkna pon buat sedikit pembayaran yang tertunggak dengan pihak Mara ketika belajar di Kedah satu ketika dahulu. Kiranya dkna buat 2 urusan dalam satu kaunter. Urusan pertukaran kad dan juga pembayaran duit Mara.



Sampai BSN jam pukul 4.00 petang, isi semua borang kemudian staff BSN maklum yang sistem offline selama setengah jam. Dkna terpaksa tunggu kat situ, malas nak datang banyak kali. Lebih kurang 1jam setengah giliran dkna dipanggil. Waktu tu jam pukul 530 petang.

Di kaunter dkna dah asingkan borang untuk pertukaran kad dan borang untuk pembayaran Mara. Staff BSN dengan tergesa-gesa key in no akaun untuk pembayaran. Dkna hanya memerhati jer.

Kemudian staff tu bagi salinan resit, dkna buat penyemakan dan ternyata apa yang dkna fikirkan benar berlaku. Pembayaran yang sepatutnya di bayar untuk pihak Mara telah dimasukkan ke dalam akaun individu.

Individu tu sapa? Ke akaun BSN dkna sendiri. Dkna buat penyemakan dengan staff BSN, dorang pulak salahkan dkna sebab tak tulis no akaun dan nama pihak penerima. 

Punyalah sakit hati dan sakit jiwa, nasib baik dkna sabar. Dengan penuh bertatasusila dkna cakap 'Pn. saya dah isi no akaun dan kat bawah tu saya dah tulis nama pihak penerima'.

Staff BSN tu terdiam dan barulah dia buat penyemakan no akaun yang dkna tulis. Nasib baik duit tu dia masukkan dalam akaun dkna sendiri, kalau termasuk dalam akaun orang lain, macam mana? Tak pasal-pasal dkna kene isi borang baru..membazir dakwat pen jer.

Kesimpulan, sebelum blah dari kaunter kena semak salinan resit yang pihak bank bagi samada no.akaun pembayaran sama atau tak dengan  no.penerima. Berurusan waktu kemuncak pun salah satu faktor berlaku kecuaian sebab masing-masing dah ingat nak balik rumah tengok anak bini. 


Post a Comment

 
Top