0
Persembahan minggu ni bagi kumpulan JOZAN tanpa Johan pada tidak mengecewakan penonton di negeri Terengganu. Yakin dengan penampilan secara solo, Zizan dengan meniru aksi Ustaz Azhar Idrus buat dkna gelak besar sensorang. Kelebihan yang ada kat Zizan meniru UIA dengan loghat negeri kelahirannya sendiri. 


Tengok muka Zizan pon dah cukup kelakar. Agaknya kalau UAI tengok, gelak besar gak nie. Fuh! Manalah tau lepas nie Zizan beralih kearah ikut jejak UAI. Tak perlu sembang banyak kat pentas, penonton dah cukup terhibur dengan Zizan.


Persembahan kedua bertemakan radio pon tak mengecewakan penonton. Tahniah buat Zizan berjaya buat penonton terhibur. Pasti Johan berbangga dengan kebolehan Zizan untuk minggu ini. 

Buat Johan, semoga cepat sembuh dan kembali beraksi bersama Zizan untuk minggu depan. Kumpulan R2 pula tidak bernasib baik bila diumumkan tersinggkir pada minggu ni. 

Agaknya siapa akan jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012?


Post a Comment

 
Top