0
Pheeewww... Fuh...macam tak percaya tapi memang wajib percaya dkna menerima iPad Mini baru-baru ini kat The View, Rooftop Bar G.Tower. 

ALHAMDULILLAH....

The View Rooftop Bar, G-Tower

Rezeki buat dkna, +boni kacak  dan shairazi dengan join game 'bubble'. Peratusan untuk menang tu bagi dkna amat tipis sebab dkna yakin boni pasti dapat sebab dia merupakan jejaka pertama join game dan dia juga pemegang masa paling lama untuk menyiapkan cabaran tersebut.

penat dkna tunggu boni! 

giliran dkna ber'bubble'
Boni pilih gambar Hanis Zalikha dan dkna pulak pilih gambar Faizal Ismail untuk di 'bubble'. Biasalah pemilihan mesti berbeza mengikut jantina, baru ada ion -ve dan +ve. 

muka teruja sampai tertutup mata

Bila dipanggil nama D.K.N.A Abza oleh Daphne Iking, dkna kaku sekejap. Woooww.. aku menang. Nama pertama yang diumumkan. Alhamdulilah...rezeki berlari-lari anak ke event tu. 

tanpa Bro mungkin semua nie tak berlaku 

"Orang kata, rezeki makin murah bila dah pasang niat nak kahwin"Kredit +Bro Framestone 

Allah mendengar setiap permintaan dan apa yang kita fikirkan. Alhamdulilah... Terima kasih buat Bro dan rakan-rakan yang hadir, memang cukup meriah. 


Nota Kaki :
Dah jimat duit untuk 1 bekas hantaran kawen ^_^ 


Post a Comment

 
Top