0
Pada 13 Disember 2012 bertempat di DELIcious @ Dua Residency, Nivea telah melancarkan rangkaian Pure & Natural yang terkini bagi penjagaan kulit. Majlis perlancaran ini dihadiri oleh Mr Ng Hock Guan (BDP Marketing & SCM Director), Soon Ai Lan (General Manager Merchandising, Guardian) dan Hannah Lo (tetamu selebriti istimewa) yang diacarakan oleh Daphne Iking


Diantara siri produk penjagaan wajah, losyen badan dan juga deadorant. Lebih menarik lagi, kesemua produk ini mengandungi terhasil lebih daripada 95% bahan-bahan semulajadi.  


Antara bahan-bahan semula jadi adalah seperti minyak organ organik, gel lidah buaya (aloe vera), komomil dan minyak jojoba. Pastinya bahan-bahan tersebut lebih selamat dan menjamin wangian kesegaran terhadap produk ini.

Apa yang menarik lagi, dkna telah menggunakan kesemuanya. Memang best sangat bila dkna memakainya. Jom kita tengok satu persatu produk penjagaan kulit ni.

1. NIVEA Pure & Natural Cleansing Toner


  • Salah satu produk pembersihan muka. Natural Cleansing Toner sesuai untuk kulit wanita asia. Apabila dkna mengenakan ia dikulit muka, ia mudah menyerap masuk ke dalam kulit dan tidak melekit-lekit.


2. NIVEA Pure & Natural Cleansing Lotion


  • Natural Cleansing Lotion ini juga dapat memperbaiki masalah kulit kering terutamanya bagi mereka yang berkerja dalam pejabat.


3. NIVEA Pure & Natural Deodoran Roll On



  • Deodoran ni pon menarik sebab tak melekit dan cepat kering. Bahan aktif antibakteria yang semulajadi tidak akan pori-pori tersumbat memandangkan kawasan bawah lengan merupakan tempat yang sensitif.


4. NIVEA Pure & Natural Cleansing Wipes



  • Natural Cleansing Wipes boleh menanggalkan kesan solekan dan yang paling dkna suka sebab ia amat senang untuk menanggalkan solekan bawah mata. Hanya perlu menarik 1 helai sahaja kemudian terus sapu ke tempat yang diperlukan. Mudah dan senang sebab ia tak memerlukan kapas muka lagi.


5. NIVEA Pure & Natural Body Lotion



  • Natural Body Lotion adalah produk yang paling dkna suka. Baunya memang segar sekali memandangkan bahan-bahan serta kandungannya hasil daripada bahan semulajadi. Pastinya baunya dapat menyegarkan kita dalam kelesuan.


6. NIVEA Pure & Natural Face Moisturizer



  • Natural Face Moisturizer mempunyai tekstur yang amat lembut dan pastinya bau haruman yang nyaman apabila disapu di muka. Pure & Nature ini tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna yang boleh menjejaskan kulit muka. Jadi, dkna tak perlu risau dengan kulit muka yang sensitif kerana ia boleh menambahkan kelembapan pada kulit muka dkna.

RANGKAIAN PRODUK NIVEA PURE & NATURAL 


Rangkaian Pure & Nature yang terdiri daripada 6 produk terbaru telah dkna cuba dan kesemuanya sesuai bagi penjagaan kulit wanita asia. Bauan yang semulajadi dari kesemua produk ini buat dkna rasa lebih nyaman dan boleh dijadikan terapi menghilangkan tekanan bekerja sepanjang hari. 



Lihat saja kulit wajah Hannah Lo mampu buat semua wanita cemburu. Memang cantik dan yang lebih penting produk yang digunakan oleh beliau ialah NIVEA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang NIVEA, layari www.nivea.com.my atau Facebook : NIVEA MALAYSIA.



Post a Comment

 
Top