0
Hari nie pasti meriah dengan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 (SBB2013). Semua sedia maklum yang majlis nie dihadiri oleh blogger hebat dari dunia maya. Mana tidaknya, kalau sebelum nie hanya boleh berbicara di rungan komen, hari nie mereka akan bertemu empat mata. Ada yang datang dari Indonesia untuk majlis nie, memang hebat penangan Sepetang Bersama Blogger 2013.

Sepetang Bersama Blogger ini dianjurkan oleh denaihati.com. Banyak acara yang bakal berlangsung hari nie dan yang paling best ada hadiah yang ditawarkan semuanya lumayan termasuklah gold bar.



Sayang sejuta kali sayang, dkna tak dapat nak hadirkan diri untuk majlis nie. Siapa tak rasa terkilan bila tak dapat nak join. 

Hari ni hari pertama dkna memulakan kelas untuk semester baru. Niat dihati nak ponteng kelas sesi petang tapi apakan daya, memang tak dapat nak ponteng terpaksa buat pilihan yang terbaik. Ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak. 

Tak sabar dkna menantikan cerita hebat dari rakan-rakan yang ke majlis Sepetang Bersama Blogger. 


sumber : hafizrahim.com


Harap tahun depan dkna dapat join mereka semua atau mungkin jadi salah seorang sponsor untuk majlis sebegini. InsyaAllah.


Post a Comment

 
Top