0
Ada yang tertanya-tanya PLK tu apa? Ok, kalau dulu bila sebut PJJ orang dah tau Pengajian Jarak Jauh dan sekarang lebih diketahui bahawa PLK merupakan Pelajar Luar Kampus. Dalam bahasa mat salehnya part time student. 

Kali ke-2 dkna dapat Baucar Buku 1 Malaysia. Kali pertama dkna dapat kat SINI sebanyak RM 200. Bajet 2013 ada penambahan sebanyak RM 50 dari sebelum nie. Ok,  jumlahnya RM250.00. 


Bagi pelajar luar kampus yang dah terima BB1M nie tak layak menerima BR1M. Ok, inilah punca kenapa dkna tak layak dapat BR1M sebab dkna dapat BB1M. Bagi dkna, kami PLK tak memerlukan baucar untuk membeli buku sebab semua nota dan lain-lain bahan bacaan telah disediakan oleh pihak Universiti dan pensyarah melainkan pelajar sepenuh masa yang  amat memerlukan baucar ini untuk beli bahan rujukan. 

Tertanya-tanya kenapa pihak Kerajaan tak memberi peluang kepada kami PLK untuk memilih samada nak BB1M atau BR1M. 

Seperti tahun lepas, bila dah dapat baucar nie, apa yang nak dibeli oleh PLK? Majalah? Novel?

Dan yang paling ketara, ada sebilangan diantara kami (part time student lain-lain universiti) layak dapat BB1M dan juga BR1M. 

Persoalannya, macam mana pihak yang berwajib menyemak status kami PLK? Kalau mereka yang telah terima BB1M masih lagi dapat BR1M yang sedang diagihkan. Adilkah? 






Post a Comment

 
Top