0
Kat Putrajaya sekarang memang susah nak dapat kuarters memandangkan semua kuarters telah penuh. Pada tahun 2011 kalau tak salah dkna, ramai yang mintak kuarters sebab banyak bangunan baru dibina. Bagi yang bujang pon boleh dapat kuarters untuk seorang. 

Tempoh memohon tak lama, beberapa bulan jer terus diluluskan untuk masuk kuarters. Bestkan bila dapat rumah baru dan orang pertama lak tu. Tapi sekarang agak sukar untuk dapat kuarters baru. Kalau permohonan yang baru diluluskan pon bukan dapat rumah baru tapi rumah yang pernah dihuni. 

Biasanya yang punyai perancangan kawen atau yang dah berumah tangga akan mohon kuarters. Lebih murah berbanding harga rumah sewa kat Putrajaya dan rumah pon lebih selesa. 



Lebih menarik lagi ada desas-desus tentang kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan lain-lain isu seperti dibawah :- 

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  2. Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  3. Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  4. Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  5. Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
  6. Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
SUMBER



Kita tunggu Perdana Menteri umumkan nanti berita ni. Kalau diberikan kenaikan, berapa pulak gaji kakitangan kerajaan yang tinggal dikuarters akan ditolak. Adalah jumlah semakin bertambah dari serendah RM 330 kepada RM 400, RM 500 atau lagi banyak gaji kakitangan ini ditolak? 



Post a Comment

 
Top