0
Eh..Eh..Eh.. ada sesuatu yang menarik la kat Putrajaya hari nie. Tengahari tadi meronda kat Presint 2, dah nampak ada yang berniaga. Oh! Dah start rupanya Karnival Wow Putrajaya 2013. Masih tak ramai yang buka gerai, maklumlah hari bekerja orang masih sibuk kat opis tapi waktu macam nie kalau ke sana memang tak jem.




Kalau nak jumpa Anuar Zain, boleh datang sini hari Ahad malam sebab ada pertunjukkan dari artis-artis yang terpilih. Paling best bila ada pertunjukkan bunga api malam tersebut. Pastu datang kerja hari isnin dengan mata panda sebab tak cukup tidur.




Bila baca kat poster nie, banyak jugaklah aktiviti yang akan berlangsung sepanjang tempoh karnival nie. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan barisan artis pada malam kemuncak 3 Mac 2013. 

Jom datang beramai-ramai menghabiskan duit gaji yang baru dapat beberapa hari lepas. Haa! tengah bulan Mac semuanya melopong bila poket dah kering.. eheheheee..

Post a Comment

 
Top