0
Woooowww! memang dah dijangkakan Juara ‘PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge' adalah Faizal Ismail (FBI). 




Korang masih ingat lagi tak pertandingan antara 4 orang selebriti yang terdiri daripada Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Hanis Zalikha dan Faizal Ismail. Boleh tengok SINI.



Pada 18 Januari 2013 bertempat di G-Tower, Kuala Lumpur PETRONAS Dagangan Berhad telah mengumumkan Faizal Ismail dan pasukan penyokongnya pemenang bagi PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge' mengalahkan pesaing-pesaing yang lain. 


mata yang dikumpul TEAM FAIZAL

FBI mendapat undian paling tinggi secara online dan melayakkan Team Faizal menerima hadiah bernilai RM 10,000. Seronok tengok mereka dapat hadiah wang besar! Fuh....memang lumayan.



Seperti yang telah dimaklumkan, perlumbaan maya ini telah dianjurkan di laman Facebook PETRONASBrands yang mana peminat dikehendaki menyokong selebriti-selebriti yang berlumba bersama dengan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA sehingga tiba ke garisan penamat.

Perlumbaan menjadi semakin menarik apabila beralih ke jalan raya bagi membolehkan peserta merasai pengalaman bahan api hasil inspirasi teknologi-F1 yang menjanjikan prestasi dan penjimatan yang hebat bersama PETRONAS PRIMAX 95 XTRA.



Cabaran selama 3 bulan ini menyaksikan selebriti-selebriti mengembara ke seluruh negeri untuk menyelesaikan pelbagai cabaran bersama peminat terpilih. PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) juga turun padang melalui aktiviti-aktiviti ini bagi mendidik para pengguna mengenai produknya yang inovatif.


Lebih menarik ialah PETRONAS PRIMAX 95 XTRA memberikan prestasi yang terbaik serta penjimatan sepanjang perjalanan kenderaan anda. Banyak kelebihan yang telah dkna perolehi ketika menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA pada kereta dkna sendiri. 
Percayalah bahawa petrol PRIMAX 95 XTRA adalah pilihan yang terbaik untuk kenderaan anda. “Switch for XTRA” bagi menikmati prestasi terbaik dan penjimatan sepanjang anda menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA.
Nisa Kay

Hazwan Hairy

Boni Kacak

Bro Framestone & Eazy Izzuddin


Beberapa acara lain turut berlangsung sepanjang majlis tersebut. Tetamu yang hadir juga dapat hadiah lumayan dari PETRONAS. 

Selepas acara penyampaikan hadiah kepada pemenang ‘PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge', sesi bersama media turut disertai oleh blogger yang hadir. Kami diberikan peluang untuk bertanyakan beberapa soalan tentang acara yang berlangsung diantara 4 selebriti ini.

Kemudian kami dihidangkan dengan pelbagai jenis menu untuk santapan. Memang sedap dan membuka selera. 



Tengoklah muka kami semua yang teruja dengan hadiah yang dimenangi pada majlis tersebut. Masing-masing pulang ke rumah dengan senang hati sebab dalam masa yang sama kami dapat beramah mesra dengan selebriti dan juga menang hadiah dari PETRONAS. 

Terima kasih PETRONAS dan +Bro Framestone  atas jemputan kali ini. Antara hadiah yang kami bawa pulang seperti berikut :

  • Dkna : iPad Mini - bubble game
  • Hazwan Hairy : topi bersign selebriti
  • Boni : topi bersign selebriti & iPad Mini- bubble game
  • Nisa Kay - Minyak enjin PETRONAS Syntium 1000- tweet terpantas
  • Izzuddin : Kad Petronas- sampul tersembunyi

Jom tengok gambar serta video yang menarik kat sini :-






“Ingatlah, Switch for XTRA!”


Post a Comment

 
Top