0
Agak lama cerita ini terpending dalam draff. Hari ini baru terhegeh-hegeh nak publish kat korang selera makan dkna kat CHOP N STEAK yang terletak di Serdang. Kali pertama dkna makan lamb chop kat sini pada tahun 2010. 

Hampir 3 tahun dkna kembali ke sini dan tak banyak perubahan serta keenakan selera lamb chop yang dkna pernah rasa beberapa tahun lepas. 


Menu pilihan dkna, Lamb Chop. Sememangnya dkna penggemar tegar 'daging'.


Tea O panas untuk menjaga kesihatan perut supaya tak nampak bunnnnccciiittt bila pakai dress.


Hari pertama (Sabtu) singgah sini tapi mengewakan sebab semua kerusi dah penuh. Dan yang beratur kat luar kedai pon masih ramai. Batalkan niat untuk hari tersebut.

Hari kedua (Ahad) sekitar 9.30 malam dkna singgah lagi. Alhadulillah, seat masih ada yang kosong. Sempat bersantai makan Lamb Chop hampir 2 jam kemudian baru perasaan meja sekeliling dah kosong. Mungkin semua balik awal memandangkan esoknya dah kerja.



Dkna suka dengan dekorasi yang cantik di kedai nie. Susunan botol berwarna-warni menghiasi kedai ini. 


Satu sudut yang amat unit sempat dkna rakamkan. 


Gambar hadapan Restoran CHOP N STEAK. Siapa pernah makan kat sini? Harganya pon tak mahal dan berpatutan. Ingat nak melepak dengan blogger food +hazman fadzil tapi katanya hanya makan 'nasik berlauk'. Errkkk.. tolak rezeki betul :)

Bagi yang suka makanan ala barat, bolehlah cuba makanan kat sini. Waktu Operasi : 5.00 petang - 2.00 pagi sahaja.



Post a Comment

 
Top