0
Macam pilot bila tajuk "senarai penerbangan Air Asia 2013" sedangkan tak ada apa pon yang menarik melainkan keluar duit untuk bayar kos penerbangan bersama Air Asia. Bagi perjalanan jauh dari Kuala Lumpur - Kelantan - Kuala Lumpur rasanya berbaloi jika menggunakan perkhidmatan Air Asia. 

Masa yang panjang boleh dikurangkan dengan mengeluarkan sebilangan wang pelaburan. Tapi kalau harga untuk laluan dua hala, pergi dan balik dah mencecah ribuan ringgit lebih baik dkna balik dengan kereta. Memenatkan perkara biasa bagi perjalanan ini. 







InsyaAllah dkna akan balik kampung pada hari Khamis ini. Memandangkan tambang bagi musim perayaan kali nie, Air Asia memang kejam bila meningkatkan harga perjalanan mereka, jadi dkna memilih merancang perjalanan balik kampung dengan kereta dan kembali ke Kuala Lumpur dengan Air Asia.

Disinilah kebijaksaan Air Asia pada musim perayaan. Terima kasih Air Asia sebab menyediakan perkhidmatan ini. 

Nota Kaki :
Kecewa dengan KTM bila tiket habis dijual seawal Januari 2013.


Post a Comment

 
Top