0
Ehemm.. eheemmm.. Hari ni terfikir nak kongsi dengan korang senarai persiapan bagi majlis perkahwinan mengikut yang mana lebih penting berbanding yang penting. Wah! Giler kentang bila dkna buka cerita pasal perkahwinan. 

Jangan korang cuba-cuba teka tarikh perkahwinan dkna yea. Tiba masanya akan dimumkan. *pergh..kalau boleh nak buat sidang media..ekekekekeeee

Jom tengok senarai yang dkna fikir yang mana lebih penting. Mungkin bagi mereka yang sedang merancang perkahwinan boleh dijadikan bahan rujukan. 

1. PHOTOGRAPHER 
  • Perkara yang paling penting bagi dkna ialah gambar semasa berlangsungnya majlis perkahwinan. Kenapa penting? Sebab perkahwinan ni hanya sekali jer untuk seumur hidup kecuali lelaki yang ada hati nak kawen lebih dari sorang. Perkara yang tak boleh dielak jika ajal menjemput pasangan kita terlebih dahulu, jadi berbungalah cinta sang kumbang nak cari bunga baru..kan..kan..kan.. heheheeeeee
  • Buat pemilihan photographer yang terbaik dengan bajet yang sesuai untuk majlis kawen korang. Bagi dkna, tak rugi kita laburkan lebih duit untuk gambar sepanjang majlis ini jika ia menjadi kepuasan kepada pengantin. Kenangan tu, sampai mati nak tatap gambar pengantin. 

Boni juga menyediakan khidmat photographer bagi aweks cun sahaja

  • Kalau ada bajet lebih, apa kata carikan khidmat videographer. Pasti lagi meriah majlis korang. Nak  jimat? Boleh mintak tolong kawan-kawan atau saudara-mara uruskan sesi bergambar dan video ni. Pastikan mereka ada pengalaman dalam menggunakan DSLR dan korang hanya perlu keluarkan duit kopi jer untuk mereka. Jimat kan?

2. PELAMIN
  • Seterusnya pemilihan pelamin. Pastikan pelamin yang korang suka mendapat persetujuan dari pasangan. Sekarang nie bermacam-macam jenis tema pelamin yang disediakan oleh pihak andaman. 


  • Dalam seronok memilih pelamin, korang jangan lupa tentang andaman mekap dari mak andam yea. Pelamin saja yang cantik tapi kalau mekap kurang cantik pasti gambar pon tak cantik. Sebelum buat tempahan pelamin, korang usha-usha dulu mekap bekas-bekas pengantin di bridal tersebut. 
  • Warna baju persalinan juga harus sepadan dengan kulit pengantin. Jangan syok sendiri pilih warna yang korang suka tapi tak sesuai untuk kulit korang atau mungkin warna itu sesuai untuk pengantin perempuan, tapi kusam bagi pengantin lelaki. 

3. HANTARAN
  • Hantaran yang paling dkna suka ialah sesuatu barang yang boleh diguna pakai selepas kawen contohnya jam tangan, minyak wangi dan lain-lain. Kurangkan jenis makanan atau hiasan di dalam hantaran. 


  • Bilangan hantaran pula bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. Kadang-kadang sampai cecah puluhan hantaran sebab ramai yang nak sponsor. Hantaran tak perlu yang mahal, asalkan ada dah cukup memenuhi syarat. Selagi boleh jimat, kita jimat yea.

4. DOORGIFT
  • Bercerita pasal doorgift nie memang agak rumit dan memerlukan korang fikir dan buat pemilihan yang lebih teliti. Sebagai tanda kenangan dari pihak pengantin untuk tetamu yang hadir bukan sesuatu yang senang memandangkan jumlah yang diperlukan mengikut bilangan tetamu yang dijemput.
  • Doorgift untuk VIP (keluarga terdekat, kawan-kawan, keluarga mentua) kebiasaannya lain dari tetamu biasa. Doofgift acara 'mengenal menantu' bagi negeri Kelantan juga berlainan. Biasanya ia mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana acara 'mengenal menantu' hanya untuk keluarga pengantin lelaki sahaja yang akan dijemput.

5. KAD JEMPUTAN
  • Fuh! memang pening kalau nak pilih design kad kawen dan bergantung pada bajet pengantin. Lebih jimat jika dicetak untuk kedua-dua belah pihak dalam 1 kad. Bab kad kawen nie dkna tolak ke tepi dahulu memandangkan ada cara lain yang boleh dibuat untuk lebih jimat.

Lain-lain senarai akan di update kemudian, dalam fikiran dkna banyak benda yang perlu diuruskan bagi merealisasikan majlis kawen dalam masa yang sama kita dapat eratkan hubungan keluarga bila yang jauh merantau turut sama meraikan majlis tersebut.

Bukan senang nak jumpa sepupu sepapat sanak saudara selain dari hari raya, ketika majlis inilah diberikan kesempatan untuk berkongsi kegembiraan dengan mereka. 






Post a Comment

 
Top