0
Alhamdulilah...Allah permudahkan urusan kami. Dah genap seminggu dkna dapat kunci untuk kuartes di Putrajaya untuk fasa pertama kehidupan berkeluarga. Syukur...semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ini masih dalam proses permindahan dari rumah bujang ke rumah berkelamin. 



Bukan senang rupanya nak masuk rumah baru, macam-macam nak fikir dan nak beli untuk kelengkapan masa hadapan. Walaupun barang-barang asas seperti set katil, sofa, tv, peti ais semuanya dah miliki tapi masih ada banyak lagi yang perlu dilengkapkan untuk keselesaan bersama. 

Rumah bujang boleh jer pakai langsir 'kacuk' bila dah masuk rumah baru nie tak kan nak bawak langsir yang 'kacuk' dan uzur tu kan. Tak pernah pakai karpet kat rumah bujang sebab malas nak sapu, sekarang karpet yang dicari untuk hias rumah. Boleh tahan gak peningnya kalau fikir sorang diri. 

Masih berbaki beberapa bulan untuk uruskan beberapa perkara yang masih berbeku dalam otak. Harap final exam nanti tak mengganggu urusan peribadi dkna. InsyaAllah.


Post a Comment

 
Top