0
Al-Fatihah untuk kedua-dua anggota Komando VAT 69 yang terkorban semalam di Lahad Datu. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. InsyaAllah.

Seawal pagi tadi dkna sempat menonton siaran langsung Malaysia Hari Ini dan sedikit info yang dapat dikongsi bersama-sama bahawa jenazah kedua-dua anggota Komando VAT 69 akan tiba lebih kurang pukul 12 tengahari ini di Pengakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. 


Anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli 

Kemudian jenazah akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan bersama-sama dengan balu dan 2 orang anaknya. 

Tanpa disedari air mata dkna mengalir ketika mendengar berita semasa dari keluarga arwah. Semoga isteri dan keluarga mereka tabah menerima ujian dari-Nya. Dimaklumkan juga, isteri kepada Allahyarham Zulkifli sedang hamil 2 bulan dan kesihatanya juga kurang memuaskan. SUMBER


Nota Kaki :
Darah pahlawan masih mengalir dalam tubuh anak-anaknya dan bakal anak yang dilahirkan nanti.


Post a Comment

 
Top