0
Bila ditanya dkna orang negeri mana, jawapan dkna dari Kelantan. Secara tak langsung orang ingat dkna dilahirkan di negeri Kelantan. Bila dkna cakap yang dkna tak pernah makan BUDU, tak ada sorang pon kawan-kawan percaya. Apatah lagi kalau dkna cakap tak makan NASI KERABU. Lagi ramai yang gelak sebab dorang fikir dkna nie 'perasan' dalam erti kata longhat Klate 'koya'.

Paling bermasalah bila dkna bertukar sekolah ke negeri Terengganu dan juga Kelantan. Waktu nak exam dkna terpaksa double check nombor kad pengenalan sebab cikgu selalu salah isi nombor yang berada di tengah-tengah kad pengenalan. 

Kadang-kadang diperli sebab nombor kad pengenalan dkna lain dari kawan-kawan negeri tersebut. Oh! sedih dalam bangga. 





Disebabkan nombor kad pengenalan dkna tak membuktikan yang dkna orang Kelatan walaupun mak dan ayah anak jati negeri tu, banyak permohonan untuk rakyat negeri Kelantan ditolak dan tak layak dimohon. Antara permohonan yang tak layak untuk dkna mohon seperti pembelian tanah atau rumah di negeri tersebut. 

Kalau nak masuk ke sempadan Thailand pun dkna wajib ada pasport. Kalau kad pengenalan negeri Kelantan hanya perlu border pass

Tahniah buat rakyat negeri Kelantan kerana mereka mempunyai banyak kelebihan yang diberikan oleh pemtadbir negeri Kelantan. Dkna masih berusaha untuk mendapatkan kelebihan tersebut, mungkin dengan syarat bermastautin di negeri Kelantan mampu untuk melayakkan dkna memohon. 


Nota Kaki :
Aku bangga jadi Anak Kelantan :)

Post a Comment

 
Top