0
Tak tau apa kisahnya yang berlaku di Lahad Datu awal pagi tadi. Buka Facebook terbaca status rakan-rakan mengenai peperangan di Lahad Datu. Masih tak faham apa yang berlaku. Kemudian dkna baca perkongsian dari Emas Putih. Agak bluuurrr.. otak makin slow bila menjelang tengahari. 




Mancari cerita selanjutnya supaya lebih faham dengan sedikit info dari Berita Harian.

" LAHAD DATU: Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung. 

Sementara itu, kelihatan tiga ambulans berada di simpang Kampung Tanduo manakala kenderaan K9 polis sudah memasuki kawasan berkenaan. 

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam twitternya berkata: "Saya mengesahkan bahawa pasukan keselamatan tidak mengambil tindakan menembak langsung tetapi kumpulan penceroboh melepaskan tembakan pada jam 10 pagi ini." 


Harap apa yang berlaku hari ini tak seperti yang digambarkan di dalam facebook. Semoga rakyat Malaysia yang berada di Lahad Datu dilindungi oleh-Nya. Amiinnnnnn..




Post a Comment

 
Top