Mar 7, 2013

REVIEW : Lawak Ke Der 2

Kalau dah tajuknya LAWAK pasti ceritanya LAWAK. Siapa yang pernah tengok Lawak Ke Der di Istana Budaya pasti tak kering gusi bila lawak ni masuk panggung. Semalam bertempat di GSC Alamanda, Putrajaya, dkna dan beberapa rakan blogger lain seperti +Hisyamudin Fadzil , +Nadot Yusof , +Sharidawati Shahrudin  dan +Anarm Khairul bergelak ketawa menonton Lawak Ke Der 2 hasil petikan nama dari +rabiatul adawiyah untuk 5 pasang tiket free for special screening LAWAK KE DER 2. 




Lawak Ke Der 2 yang pernah dipentaskan di Istana Budaya selama hampir dua jam pada tahun 2012 telah dirakam dan disunting sehingga menjadi sebuah filem dan ditayangkan di semua pawagan pada 7 Mac 2013 (hari ini)

Barisan pelawak hebat tanah air seperti Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil Ahmad yang merupakan pengacara dalam Lawak Ke Der 2 dengan aksi stand-up comedynya.



Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) pula muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej manakala Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. 


Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) memang terbaik dan tidak dapat disangkal lagi kerana dorang sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. 

Secara keseluruhanya, Lawak Ke Der 2 nie memang memenuhi citarasa lawak yang diiginkan oleh rakyat Malaysia. Kalau korang yang tengah moody, boleh terus happy bila tengok filem ni. 

Sediakan air mineral ketika masuk panggung sebab korang pasti akan gelak sampai kering anak tekak dengan lawak-lawak oleh pelawak-pelawak Malaysia. Selamat menonton!


Nota Kaki :
Tak sempat nak berlaga-laga pipi bergambar dengan Harith Iskander dan Hans Isaac semalam. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dkna Abza Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah