Nuffnang Ads

Monday, March 11, 2013

Tangga Gaji Baru Polis Tentera Tahun 2013

Melalui laporan media massa, Perdana Menteri akan umumkan kenaikan atau pelarasan bagi gaji anggota keselamatan seperti polis dan tentera. Tahniah buat mereka yang berkhidmat sebagai anggota keselamatan jika benar apa yang dilaporkan oleh pihak media.

"Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini. 

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 
Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu. 

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain. 



Harap dapat perhatian 

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam. 


Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi :- 


  • Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46)




  • Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02).

  • Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70).
  • Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62. 


Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52. 



Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam."(SUMBER)







Dkna juga harap PM umumkan ganjaran khas untuk anggota yang dihantar bertugas di Lahad Datu. Mereka yang berada di sana sedang berjuang untuk tanah air, rasanya berbaloi sangat kalau PM bagi ganjaran untuk anggota keselamatan di Lahad Datu. 



Sama-sama kita tunggu kesahihan kenaikan gaji baru bagi polis dan tentera. 

TERKINI : 12.50 PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 

Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri. 

Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam. 

Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam.

Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...