0
Pagi tadi terbaca berita tentang keluarga arwah ASP Zulkifli Mamat. Bila tengok gambar anaknya, seiras dengan raut wajah arwah. Pasti suatu hari nanti anak tu mengerti pemergian ayahnya. InsyaAllah. 


SUMBER

Topi ayah pengubat rindu kata ibunya.

Tertiba dkna teringat dengan arwah abah. Sehingga hari ni masih tersimpan beberapa helai baju harian yang selalu dipakai oleh arwah 13 tahun yang lalu. Kain pelikat yang selalu dipakai arwah ketika bersantai dengan kami dirumah masih lagi tersusun elok dalam almari.

Beberapa helai uniform arwah jugak masih disimpan. Simpan hanya untuk dikenang, bila ingin lepaskan rindu boleh lihat pakaian arwah. Bila tengok anggota keselamatan lengkap berpakaian, terbayang muka arwah. 

Fuh! sebak pulak rasanya menaip entry petang nie, sesak nafas. 

Ok, nak sambung kerja supaya tidak ada air mata mengalir bersama jari jemari yang sedang laju menaip. Salam takziah untuk mereka yang terkorban di Lahad Datu. Al-fatihah. 

Nota Kaki :
Darah pahlawan masih mengalir dalam darah kami. 

Post a Comment

 
Top