0
Korang mesti baca Proses Ujian Saringan HIV sebab cerita nie berkaitan. Kali ni dkna nak kongsi kenapa dkna terpaksa buat ujian HIV untuk kali ke-dua. TERPAKSA okeh!!

Sebelum dkna cerita panjang, dkna ingatkan kat korang semua yang belum berkahwin, akan berkahwin atau dalam perangcangan untuk mendirikan rumah tangga dengan orang dari Negeri Kelantan sila baca cerita ini sampai habis walaupun korang bosan...nggerrrr..

Makluman untuk semua :

  • Ujian HIV sah untuk semua negeri jika korang buat dimana-mana klinik kerajaan
  • Tempoh sahnya adalah 6 bulan dari tarikh ujian dilakukan

Tetapi bila dkna ke rumah imam dikampung dkna untuk ambil borang perkahwinan, imam memaklumkan yang ujian HIV dkna sebelum ni tak boleh pakai sebab tak ada surat atau borang sokongan HIV dari Negeri Kelantan. Tok imam cakap 'buat kat sini (Kelantan) sebab ada satu lagi borang'.

Dalam kepala dkna dah pelik, ada borang lain ker? Tak sama ker ujian HIV di negeri lain? Sedangkan dkna dimaklumkan oleh Jabatan Agama Negeri Kelantan, dkna dan pasangan boleh melakukan ujian HIV dimana-mana klinik kerajaan dan kepilkan bersama-sama dengan borang kahwin. 




Borang yang ada gambar kijang tu yang dimaksudkan oleh tok imam tadi. Dkna dapat selepas dkna buat ujian HIV di Kelantan. Borang ni hanya ada di Klinik Kesihatan di negeri Kelantan sahaja..yang nie misi-misi kat sini cakapk okeh!

Tapi ada sesetengah kes, korang boleh ambik borang yang ada gambar kijang dan borang HIV kemudian buat ujian dimana-mana klinik kesihatan yang korang akan buat ujian HIV..yang penting ada borang kijang ketika korang buat ujian HIV. Borang kijang tu amat berharga di negeri Kelantan..hikhikhikk..kang korang tak boleh nikah tau..grrrrrrr....

Dalam erti kata lain, dkna dapat rasa 2 jenis ujian HIV dengan cucuk jarum kat hujung jari dan jugak ambik darah kat lengan yang siap pakej ujian Thalassemia. Dkna sangat-sangat bertuah sebab bukan senang nak jalani ujian HIV 2 kali walaupun dalam hati hanya Tuhan jer tau bila terpaksa buat perkara yang sama berkali-kali...

Pengalaman yang amat berharga bila kita sendiri yang menguruskan segala urusan kahwin. Fuuhhh!! tertiba sayu hati teringat arwah abah. Bertuah korang yang ada ayah, paling tak pon korang ada tempat untuk berkongsi beban untuk urusan kahwin.. 

Post a Comment

 
Top