0
Dari semalam lagi kat opis dkna bercerita pasal kenaikan gaji. Erkkk...naik lagi ke? Sebelum nie korang semua dah sedia maklum gaji kakitangan awam akan naik bulan Julai 2013. Seronokla yea kalau Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) korang bulan Julai, bermakna korang dapat double..DOUBLE okeh. Banyaklah kan.. Apa pon, alhamdulillah..syukur..

Kemungkinan akan ada pelarasan atau kenaikan gaji pada hujung Disember 2013. Betul atau tidak, kita tunggu sampai penghujung tahun. Ia hanya kemungkinan sahaja, belum dipastikan lagi okeh. 




Kenapa dkna kata ia hanya kemungkinan? Haaaa...sebab bila dkna baca apa yang tertulis dalam Pekeliling Pekhidmatan Bil.5/2013 mengenai pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan awam mengenai stuktur gaji SSM akan diselesaikan sebelum 31 Disember 2013.

Lebih kurang 5 bulan lagi bermacam-macam kemungkinan yang akan berlaku. Mungkin gaji naik atau elaun bertambah dan lain-lain yang berkaitan dengan struktur gaji. Kita tunggu jer khabar gembira akan datang. 




Post a Comment

 
Top