0
Kadang-kala bila kita mengeluh, ada yang cakap itu dugaan, cabaran dan lain-lain. Tapi apa yang terjadi sebenarnya benda yang kecik dan bukan perkara syarat wajib untuk melangsungkan perkahwinan. Sampai tahap dkna boleh terfikir "patutlah ramai rakyat Malaysia yang kahwin kat negara Thailand". 

Kalau dkna nak cerita panjang kat korang, mesti korang akan pening. Nak kongsi pengalaman ngan korang, tapi tunggulah jumpa dkna face to face yea. Baru 'feel' dia lain macam sikit nak cerita kat korang apa yang terjadi...ngeeenggeeee..



Secara ringkasnya, dkna nampak kat sini tak ada keseragaman antara iman Kelantan, imam Putrajaya, Pejabat Agama Kelantan dan Pejabat Agama Putrajaya sedangkan kedua-dua negeri ini masih dalam Malaysia. Dan yang paling dkna pelik sangat-sangat bila tiada kesefahaman dan keseragaman antara imam Putrajaya dengan Pejabat Agama Putrajaya sama seperti imam di Kelantan dengan Pejabat Agama Kelantan sedangkan mereka dalam negeri yang sama antara satu sama lain. 

Kemudian masing-masing pertikaikan kehendak masing-masing. Sampai isu HIV yang nie dan HIV yang ni jugak dijadikan alasan. Semoga Allah permudahkan segala urusan perkahwinan dkna. Semua ni bagi dkna pengalaman baru yang dkna lalui sendiri. 

Sungguh penat rasanya nak uruskan semua ini, penat berfikir dan penat nak ikut peraturan dan kehendak orang sekeliling sedangkan semuanya dah cukup lengkap tapi bila kita berurusan dengan sesama manusia, ada bermacam ragam. Tak apalah, orang kata susah dahulu senang waktu akad nikah nanti.. eh..eh..eh.. :)


Post a Comment

 
Top