0
Alhamdulilah... semalam diberikan kesempatan untuk berbuka puasa dekat masjid besi. Semalam memang ramai yang buat solat tarawih, semoga semangat ini tak pudar sampai penghujung ramadan. Bagi orang bujang macam dkna tak jadi masalah nak berbuka kat masjid sebab tak ada komitmen lain. Paling seronok tengok ada yang datang bawak family makan ramai-ramai pastu berlari-lari dengan anak nak solat. Sambil makan, sambil melayan karenah anak.



Kalau korang nak minum air zamzam secara percuma, boleh dapatkan air tersebut bersebelahan dengan Perbadanan Putrajaya. Rugi kalau tak minum, bukan senang nak dapatkan air zamzam secara percuma ni. 



Jangan lupa bawak duit lebih sikit sebab kat sini ada banyak gerai. Korang cakap jer nak apa, semua ada. Gerai makanan, buah-buahan, baju raya dan gerai TUDUNG FAREEDA pun ada yea. Haaa..bagi peminat-peminat tudung Fareeda boleh la beratur panjang kat sini lepas solat yea. Tak payahla tidur kat kaki lima butik Fareeda tu untuk dapatkan nombor giliran. 

Post a Comment

 
Top