0
NOTA KAKI : Entry nie sepatutnya di publish sebelum majlis kesyukuran perkahwinan dkna, tetapi disebabkan kekangan masa dan masalah internet yang slow musim raya tempoh hari dkna kongsi isi hati ni untuk kalian.


''Beberapa hari lagi dkna bakal menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang menjadi pilihan hati. Dia adalah jodohku hingga akhir hayat. InshaAllah!

Tika mana korang semua sibuk dengan persiapan untuk hari raya, dkna pulak sibuk dengan persiapan untuk hari bahagia. Hanya Tuhan saja yang tau perasaan dkna ketika ni. Gembira itu sudah pasti tapi terselit kesedihan yang teramat perit untuk dkna. 

Tika mana segala persiapan perkahwinan selama ni hanya dikongsi bersama ibu, kakak dan ipar kesayangan serta kesibukan dan kekalutan untuk urusan perkahwinan tanpa seorang ayah. 

Kini, dkna sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan dan berwakil walikan bapa saudara. Terubat rindu pada arwah abah bila mana menatap wajah waliku, darah dagingku.

"Ya Allah..aku panjatkan doa kepadamu panjangkanlah usia waliku untuk melihat darah dagingnya membina kehidupan mendatang. Hanya padamu ku berdoa, hanya padamu ku berserah"   



Perkara yang paling bermakna dalam hidup seorang anak perempuan apabila berwalikan bapa kandung ketika akad nikah. Syukur alhamdulillah bagi korang yang masih punyai bapa, masih berpeluang untuk merasai nikmatnya dah pernah melalui detik ini.

Maaf...dkna sedang bersedih. Bukan kerna kecewa tapi teringatkan arwah abah. Semoga Allah kuatkan semangat dkna ketika majlis akad nikah nanti. 

Warkah untuk abah, Wan Abdullah Wan Ismail :-

'abah..tika mana tarikh pernikahan dkna yang tidak ditetapkan nanti, genap 13 tahun pemergiaan abah yang disayangi. Terima kasih menjadi seorang abah yang penyayang. Semoga suami dkna juga boleh menjadi seorang ayah seperti abah..Al-Fatihah'

Post a Comment

 
Top