0
Awal pagi tadi teringat lak pesanan dari keluarga, 'jangan ajar suami makan kat luar'...ermmm.. tak pandai masak tak apa, boleh belajar memasak. Tak sedap pon tak apa, lama-lama suami boleh terima selera isterinya.

Manakan sama masakan isteri dengan ibu. Maklumla, dari kecik suami duk merasa air tangan ibunya dan isteri pulak merasa air tangan ibu sendiri. Memang selera tak sama, tapi alhamdullilah suami dkna bagi makan apa jer dia akan telan..hahaa.. Potensi untuk si suami membesar adalah makin tinggi..kihkihkih..



Pesanan mak, "kalau tak sempat nak sediakan sarapan untuk suami cukuplah sekadar bancuhkan air untuk suami. Bila perut suami kosong seawal pagi, biarlah diisi dengan air tangan isteri jangan diisi air tangan makcik-makcik indon kat cafe".

Ilmu rumah tangga dari keluarga dan banyak lagi yang akan dipelajari dalam rumah tangga.. kalau ilmu dari mentua pulak kene tanya suami laa.. Agaknya apa pesanan mentua yea? Heheheeee..

Post a Comment

 
Top