0
Sekarang nie kalau pergi kenduri kawen atau apa-apa event pasti ada Guest Book. Tetamu yang datang akan tinggalkan kenangan kat Guest Book. Okeh.. mood nak update pasal wedding yang dah berlalu sebulan yang lepas. 

Guest Book untuk wedding dkna tempoh hari, dkna tempah dengan HazwanHairy. Dkna minta dia buat satu rekaan versi thumb print. Maknanya, korang yang datang tak perlu nak tulis panjang lebar kat Guest Book tersebut, hanya perlu thumb print sahaja kat Guest Book tu. Senang, mudah dan cepat untuk tetamu terus menjamu selera.


Paparan muka dengan Guest Book dkna. Gambar tu semasa dkna tunang tempoh hari, pilih punya pilih hanya itu jer sesuai untuk dijadikan pilihan untuk diletakkan di kulit Guest Book.

Dkna letakkan tarikh kenduri dikedua-dua belah pihak, jadi untuk kenduri kedua-dua belah pihak boleh guna Guest Book yang sama. Jimat!! 



Paparan sebelah dalam pulak dkna letakkan doa. Tetamu yang buka helaian ini akan baca doa untuk pengantin. Nama penuh pengantin wajib diletakkan. Eh! Korang yang datang tempoh hari ada baca tak page nie? Atau ramai yang skip? he..he...heee



Ini pulak helaian-helaian untuk di thumb print oleh tetamu yang hadir. Pokok!! Motif pokok digunakan untuk tetamu meninggalkan cop jari di ranting-ranting tersebut. Gunakan stamp pad warna hijau, secara tak langsung korang akan nampak pokok tu dipenuhi dedaun yang menghijau. Korang boleh bayangkan tak?

Bahagian atas tu dkna letak tarikh dkna diijab kabulkan. Yea.. dkna akad nikah dan bersanding pada tarikh yang sama. Senang nak ingat.

Ini perancangan dan angan-angan dkna untuk Guest Book versi Thumb Print, nak tau apa jadi dengan Guest Book sebenar dkna? Tunggu entry akan datang...


Post a Comment

 
Top