4
Tertiba jer rasa nak kongsi resepi kuah laksam dengan korang. Kali pertama percubaan buat kuah laksam sendiri. Sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya bukan susah nak buat kuah laksam, tapi tahap kemalasan nak belajar memasak tu buat fikiran kita dibelenggu dengan 'rumitnya nak buat kuah laksam'.

Ok..dkna kongsi resepi kuah laksam yang dkna masak untuk tetamu kat SINI.

Bahan-bahan kuah laksam :
  • Ikan selayang / sardin 2kg
  • Santan 1kg
  • Bawang merah 1/2 kg
  • 3-5 ulas bawang putih
  • Halia *agak-agak jer saiznya
  • 1 sudu besar lada hitam / blackpaper
  • 3-6 keping asam keping *ikut saiz 
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Cara memasak : 
  • Ikan selayang / sardin direbus bersama-sama dengan asam keping sehingga masak. Dkna tambahkan secubit garam ketika rebus ikan ini, nak bagi urrmmmhhh! 

  • Asingkan isi ikan selayang / sardin tadi dari tulang seperti gambar dibawah. 

  • Kemudian kisar isi-isi ikan yang telah dibuang tulang tadi bersama-sama air, santan, bawang merah, bawang putih dan halia. 
  • Pastikan bahan-bahan yang dikisar tadi betul-betul hancur dan sebati.
  • Masukan hasil kisaran bahan-bahan tadi bersama-sama dengan lebihan santan ke dalam periuk.
  • Kacau sehingga sebati bersama-sama lada hitam / blackpaper, garam, gula dan 3-4 keping asam.


  • Sekarang baru boleh buka api dapur gas korang. Pastikan apinya tak terlalu besar atau kecik. Kacau kuah laksam tanpa henti sehingga ia mendidih.
  • Bila dah nampak buih-buih mendidih kuah laksam, korang rasalah kuahnya dan tambah perisa mengikut selera korang kemudian padamkan api. 

Jangan biarkan kuah laksam tadi terlalu lama sebab santan tadi mungkin akan 'pecah minyak' dan buat rasanya tak uurrmmhhh!!. Kuah siap untuk dihidangkan kepada tetamu. Tahap kepekatan kuah laksam korang bergantung kepada korang sendiri. 

Kalau ikut selera dkna, makin pekat makin sedap dimakan dan kurangkan masin dalam kuah laksam lebihkan rasa manis-manisnya. Biasanya kalau makan laksam, korang akan dihidangkan bersama-sama dengan belacan dan jugak garam.

Jadi, kalau yang suka masin boleh tambah belacan atau garam ikut selera masing-masing. Selamat mencuba. 

Post a Comment

Norzuryati Mohamad Basir said... 30/11/14 9:27 AM

Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

Jemput ke blog saya

http://norzuryati.blogspot.com

~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

Suzana Asue said... 29/1/15 12:15 PM

X perlu letak daun kesum dngn bunga kantan ke

Anonymous said... 24/3/15 11:45 PM

suzana asue, ni resepi kuah je kot... dia takde pulak bagi resepi buat laksam tu sekali...
tapi biasanya ulam asas untuk laksam ni daun kesum, kacang panjang, togeh, timun.
kantan, kobis, optional... ada gak yang masuk daun ketumbar.

unaizah hussein said... 29/3/15 4:39 PM

Blom pnh cuba mkn dgn belacan mentah2 camtu.. Hihi

 
Top