0
Alhamdulillah... kandungan sekarang dah cecah 15 minggu. Berbaki lebih kurang 25 minggu lagi untuk kelahiran anak kecil, pinjaman Allah swt. InsyaAllah. Kalau tanya tentang persediaan kelengkapan dkna untuk sambut anak kecil nie, rasanya baru ready 10% jer. Apa yang lebih penting, minggu ni balik kampung nak cari makanan yang sedap-sedap untuk menambahkan berat badan.. hehehehee

Dkna nak kongsi dengan kawan-kawan yang mungkin sedang mengandung anak pertama untuk datang ke Seminar Kejayaan & Sokongan Penyusuan. Berbaloi bagi ibu yang sedang mengumpul pengalaman seperti dkna. Harganya memang murah.




Antara slot yang dkna tertarik dalam seminar ni berkaitan dengan teknik penyimpanan susu yang betul, pemilihan pump yang sesuai dan sokongan untuk menjayakan penyusuan. Yang paling penting, dkna pergi bersama suami, sekurang-kurangnya suami boleh tambah ilmu keibubapaan dan dapat bagi sokongan pada isteri untuk menyusukan anak.

Bagi yang berminat, segeralah hubungi nombor yang tertera. 

Post a Comment

 
Top