0
Minggu lepas dkna join seminar teknik penyusuan ibu kat Mumdreams. Pengalaman pertama sertai seminar berkaitan dengan ibu-ibu mengandung memang teruja sangat. Ada yang cakap, untuk anak pertama baguslah nak serta seminar macam ni.

Kalau korang nak tau, ada sorang akak ni tengah mengandung anak ke-4. Gigih dia datang seminar dengan tujuan yang sama. Ada yang sedang mengandung anak ke-2 dan ada yang baru bersalin anak pertama. Jadi, kesimpulannya, seminar sebegini sesuai untuk semua ibu-ibu.




Beberapa perkara yang dkna dapat belajar dalam seminar nie. Antaranya :-


  • Cara simpan susu kat rumah
  • Cara simpan susu semasa sedang berkursus
  • Cara panaskan susu
  • Tempoh menyimpan stok susu
  • Teknik perahan
  • Doa-doa yang harus diamalkan suami dan isteri
  • Maksud disebalik tangisan bayi 


Secara ringkasnya, ada yang cakap 'alaaa..setakat belajar itu..ini..kat internet pon boleh baca'.. Tapi disebalik seminar ni, terutamanya bagi suami yang hadir pasti amat bermakna untuk mereka patut tahu apa yang perlu dilakukan bagi meringankan beban isteri.

Rasanya, kalau nak belajar lebih detail kena dapatkan khidmat nasihat atau join seminar yang mengambil masa lebih lama. Secara asasnya, dkna boleh tau serba sedikit tentang sokongan dan penyusuan susu ibu. Apa yang lebih penting mengikut kata-kata kaunselor Puan Siti Asma Moin, "minda ibu bapa memainkan peranan yang penting".



Post a Comment

 
Top