0
Pejam celik dah setaun mana berlalu dan berakhirlah tahun 2013. Banyak cerita suka dan duka sepanjang tahun 2013. Ada yang dkna kongsi bersama diblog ni dan ada yang dipendam sendirian. Sedikit review sekitar tahun 2013 yang ada dalam blog ni.
Bulan yang paling aktif untuk dkna update blog. Banyak cerita tentang event yang dkna hadir bersama rakan bloger dan sempatla tengok-tengok dari jauh artis-artis Malaysia. 
Pada bulan nie dkna jarang berkongsi cerita peribadi, kebanyakan cerita yang dkna kongsi berkaitan dengan isu semasa dan lebih tertumpu pada kakitangan awam. Maklumlah, awal tahun bagaikan durian runtuh bagi kakitangan awam. Dkna pon dah mula sesi persekolahan, kerajinan untuk update blog semakin menurun.
Persiapan untuk ke alam rumah tangga bermula pada bulan ni. Langkah pertama, dkna dapat tawaran kediaman kerajaan. Alhamdulilah. Rezeki dari Allah memudahkan proses dkna dan pasangan ke langkah selanjutnya walaupun agak sibuk dengan rutin sebagai pelajar separuh masa.
Bulan-bulan yang makin hampir dengan majlis perkahwinan dkna. Beberapa urusan seperti Ujian HIV dkna lakukan segera manakala bahang PRU13 hangat diperkatakan. Dkna tak lepas peluang untuk jadi salah seorang pengundi di Kelantan. 
Bulan yang paling sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir semester, urusan perkahwinan pon masih belum selesai dan kenangan yang indah buat ibu, kakak dan ipar yang menunaikan umrah dan ziarah. Alhamdulilah, mereka semua selamat pergi dan balik. Dalam kesibukan, dkna sempat jugak join event dengan rakan blogger dan dinner bersama +Zarul Umbrella , +Denaihati Network dan +abang ensem
Banyak berkongsi cerita tentang perkahwinan yang meliputi pilihan pelamin, warna baju pengantin dan lain-lain. Lagi beberapa hari untuk menjelang majlis perkahwinan dkna. 
Bulan Ramadhan yang terakhir dkna sebagai anak dara dan sebagai pelajar separuh masa. Bulan yang penuh dengan kenangan bersama-sama tunang dan kawan-kawan seperjuangan. 
Alhamdulilah.. Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan dkna dan pasangan di Kelantan dan Kedah berjalan dengan lancar. Bulan yang penuh kenangan manis buat kami suami isteri. Terima kasih kepada ibu, ibu mertua dan bapa mertua merestui hubungan kami. 


Banyak bercerita tentang perkahwinan. Maklumlah, baru kawen katakan..macam-macam nak diceritakan. Pakej-pakej untuk majlis perkahwinan dkna juga dikongsi bersama. Terima kasih rakan blogger yang hadir tempoh hari +Ben Ashaari+HASRUL HASSAN+Nurmujahidah Ismail+Ahsan Nur Mubarak Annuar, @jamarbahar, @penaberkala, @haruelie dan lain-lain. 
  • Oktober
Tiada satu cerita pon dkna kongsi pada bulan nie. Sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan akhir dan juga kesihatan yang tak menggalakkan dkna untuk aktif dalam blog. 
Hanya 2 cerita yang dikongsi. Cerita yang penuh makna dalam kehidupan kami suami isteri. 
Alhamdulilah.. berakhirnya tahun 2013 dan dkna kini aktif kembali dalam blog. Menulis dan berkongsi cerita bersama-sama. Berakhirnya tahun 2013 dengan berakhirnya tugasan dkna sebagai pelajar separuh masa dan dari status anak dara kepada mak dara. Syukur! Selamat datang 2014.

Post a Comment

 
Top