1
Bila dah disahkan mengandung, perkara pertama yang terlintas difikiran 'nak scan'. Mana-mana ibu pon mesti teruja sangat nak tau keadaan anak dalam kandungan. Ada macam-macam jenis scan yang disediakan kat klinik atau hospital kerajaan dan swasta seperti scan 2D, 3D dan 4D. 

Pengalaman pertama dkna, memang pening dan confius dengan 'scan'. Bila dah makin membesar kandungan, makin banyak info dari klinik yang dapat. Apa yang dkna tau sedikit sebanyak tentang scan nie dkna kongsi secara ringkas supaya mudah paham.

Scan 2D
  • scan ini lebih kepada hitam putih jer yang biasanya digunakan di klinik kerajaan untuk tau perkembangan bayi dalam kandungan. 
  • ia tak dapat kesan kecacatan bayi dalam kandungan kecuali ibu-ibu melakukan scan "2D detail" yang boleh kesan masalah kromoson seperti sindromdown yang biasanya boleh dibuat di klinik swasta.

scan 2D

Scan 3D
  • kalau scan 3D, ibu-ibu dapat lihat luaran rupa dan bentuk bayi dalam kandungan yang mana kita dapat faham gambar yang dirakam oleh ultrasound. Kata orang, bila tengok gambar tu dah boleh teka 'mulut', 'hidung', 'mata' dan lain-lain.
  • bagi scan 3D ni memang berguna untuk lihat organ dalaman bayi dalam kandungan dan pastinya dapat lihat jantina bayi. Mesti seronok!

Scan 4D
  • fungsinya sama dengan scan 3D tapi bagi scan 4D lebih kepada video dimana dapat lihat secara langsung pergerakan bayi dalam kandungan. Macam korang rakam video, cuma bezanya video nie dirakam oleh doktor untuk tengok bayi dalam kandungan secara live.
  • kalau bayi tengah menguap, senyum atau buat mimik muka yang berbeza-beza pon dapat dilihat dengan jelas. Teruja tak? Teruja tak?  he..he..hee

Waktu sesuai untuk scan 3D 4D

Dengan semangat dan keterujaan seorang ibu, dkna sendiri telefon beberapa buah klinik yang menyediakan perkhidmatan scan 3D 4D semata-mata nak tau bila masa yang sesuai buat scan 3D 4D. Keterujaan ibu mengatasi keterujaan bapa sebab bapa teruja waktu nak nikah jer...hahahaa..betul ker? Grrrr...

Sebenarnya ia bergantung pada pakej yang dikenakan di klinik tersebut. Diantara klinik yang paling awal menyediakan scan 3D 4D nie ketika kandungan 24 minggu (6 bulan) hingga 30 minggu (8 bulan). 

Apa yang difahamkan oleh klinik-klinik yang dihubungi, kalau terlalu awal lakukan scan 3D 4D mungkin kita tak dapat lihat sifat fizikal bayi dengan jelas dan kalau terlalu lewat, kemungkinan besar bayi dah 'padat' dalam perut ibu jadi agak sukar bagi doktor nak gurau-gurau dengan bayi tu untuk dapatkan view yang paling cun.

Kesimpulannya dkna, nak buat scan 3D 4D dalam tempoh masa yang paling sesuai antara kandungan 26 minggu (6 bulan lebih) hingga 29 minggu (7 bulan lebih). 

Tunggu review scan 3D 4D dkna akan datang. InshaAllah..doakan dkna dan bayi dalam kandungan ni sihat dan selamat. 




Post a Comment

Marni Ahmad said... 24/10/17 5:39 PM

Sekarang ni memang banyak "D" dalam teknologi ultrasound ni. Ramai juga bakal-bakal ibu yang tertanya:

- Sampai berapa “D” sebenarnya ada?
- Adakah lebih banyak “D itu bermakna lebih advanced?
- Adakah imej baby lebih jelas jika anda request jumlah “D” paling banyak?

Saya ada share dalam artikel apa beza 2D, 3D, 4D, 5D & 6D Ultrasound Scan di sini: https://www.sonographr.com/apa-beza-2d-3d-4d-5d-6d-ultrasound-scan/

 
Top