0
Memang teruja sangat nak ke Maternity & Chidren Expo nie. Maklumla, kali pertama ke tempat-tempat jualan barang-barang baby dan ibu. Sampai jer terus ambik gambar depan hall, takut nanti dah masuk ke dalam, shopping kemudian keluar tanpa bergambar.


Bukan senang tau nak bergambar kat sini dengan perot yang makin membesar..heheee.. Masuk jer kat dalam tu dah mula tak tentu arah mana nak tuju. Macam-macam barang-barang baby yang ada, harganya murah sikit berbanding pasaran. Ok! Jimat tak la jimat sangat, beli banyak keluar duit pon banyak.

Dkna sempat capai beberapa barang keperluan asas untuk anak jer. Orang kata ambik yang wajib dulu, yang sunat dan lain-lain kita fikir kemudian...heheheee. Baju pon beli yang color-color selamat untuk jantina yang belum pasti tapi masih ada color pink dan blue. Tak salah kot kalau baby boy pakai pink atau baby girl pakai blue kan?

Lepas ni dah boleh fikir barang-barang keperluan ibunya pulak...ermmm.. set jamu? set berpantang? minyak angin?  Ermm.. banyak juga barang-barang untuk ibu. 

Post a Comment

 
Top