0
Sebelum ni dkna tak ambik tau sangat pasal Suntikan Anti Tetanus (ATT) untuk wanita hamil. Kalau dalam bahasa kampung, suntikan kancing gigi. Haa..kan lebih senang nak faham. Dengar cerita dan pengalaman kawan-kawan bercerita yang suntikan ni SAKIT!!


Bila nurse cakap 'kejap lagi pergi bilik 21, ambik ATT'.
Terus jer terkeluar kat mulut nie tanya 'sakit tak nurse'

Nak tau sakit ker tak? ermm.. sebenarnya...sebenarnya.. tak sakit pon bila disuntik ATT tu kalau dibandingkan dengan ambik darah untuk result HB.

Sambil cucuk tu nurse ajar camna nak kurangkan sakit. Waktu dia cucuk ATT kat lengan, tahan nafas kat perut sampai siap kene cucuk. Memang tak rasa sakit pon. Tapi lebih kurang setengah jam kemudian lengan akan rasa lenguh-lenguh.

Bila dah lenguh tu yang ada segelintir cakap ATT ni sakit! Lenguh tu makan masa berjam-jam jugak la nak hilang rasa lenguhnya. 

Kalau hamil anak pertama, ibu kena dapatkan sekurang-kurangnya 2 dos ATT. Dos pertama diberikan waktu kehamilan 25 minggu dan dos berikutnya sebulan selepas tu atau bergantung kepada nasihat doktor. Korang boleh rujuk kat SINI mengenai suntikan ATT. 

Sekarang nie dkna tunggu tarikh untuk minum air gula lak...ramai yang cakap manis gila, gila manis dan macam-macam lagi. Ermm... takpe, tunggu dkna rasa lak 'manisnya air gula' untuk ibu hamil nanti. 



Post a Comment

 
Top