0
Hari minggu adalah hari bersama keluarga samada duduk kat rumah atau keluar jalan-jalan bawak anak. Semalam dkna sempat bersantai dengan rakan-rakan blogger sekitar Putrajaya. Cadangan dari beBen Ashaari lepak kat Dataran Gemilang, Putrajaya


Hampir 7 tahun dkna duk sini tapi tak tau mana letaknya Dataran Gemilang. Fuh!! Buat malu jer kan. Bila suami bawak ke sana, dkna cakap 'laaaa..kat sini ke Dataran Gemilang'. Pergh!! sedangkan waktu bercinta dulu-dulu jalan Dataran Gemilang jadi saksi kami setiap kali kami lalu nak melepak kat empangan Putrajaya. 

Bagi yang bujang memang tak perasan sebab kawasan ni sesuai untuk yang dah bekeluarga, kalau yang duk bercinta mana maunya datang kat sini kan. Paling best waktu bercinta melepak kat Alamanda...hahhaaa. 





Sebelah atas sana ada kolam untuk anak-anak mandi. Kalau mak bapak nak mandi pon oke jer..heheheeee. Dorang bagitau, setiap hari Ahad ada artis datang buat show. Lepas nie boleh lah selalu ke sini sambil tengok artis sambil lepak-lepak. 


Post a Comment

 
Top