Feb 13, 2014

Semak Keputusan BR1M 3.0 Sekarang!

Gara-gara Wordless Wednesday semalam, ramai yang tanya dkna macam mana nak semak BR1M? Dah boleh semak secara online ker? Bila dapat BR1M? 

Tapi hairan jugak sebab macam mana makcik dalam gambar kat bawah ni dah dapat? Gambar nie pon dkna dapat dari beritakini.my. Mungkin gambar ni dah diedit. Mungkin!



Untuk makluman, BR1M boleh disemak dengan menghantar emel ke br1m2@treasury.gov.my. Butiran lengkap seperti nama penuh dan no. kad pengenalan pemohon perlu disertakan. Maklumbalas akan dapat dalam tempoh 2 atau 3 hari bekerja. Jadi, jangan buat aduan lak bila korang lambat terima emel maklumbalas dari pihak berwajib.

Contoh emel semakan BR1M 3.0

Korang jugak boleh terus buat panggilan ke talian 1-800-88-2716 bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang (Isnin - Jumaat). 

Tarikh pembayaran BR1M 3.0 bermula 22 Februari 2014 yang akan terus dikreditkan dalam akaun masing-masing. Bagi permohonan yang tidak berjaya, korang boleh buat rayuan dengan mengemukakan borang rayuan yang boleh diperolehi di cawangan LHDN yang berdekatan atau muat turun di (www.treasury.gov.my).

Bagi dkna lebih suka hantar melalui emel sebab kita ada bukti penghantaran bagi semakan BR1M 3.0 pastu dkna memang tak suka buat panggilan yang selalu 'sibuk'. Kalau nak buat semakan untuk diri sendiri tak ada masalah untuk terus call, ini nak buat semakan lebih dari 10 orang termasuk saudara, kawan-kawan, adik, cucu, cicit...hehehehee

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dkna Abza Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah