1
Alhamdulilah... Akhirnya impian dkna nak buat scan 4D + detail untuk anak pertama kami selesai juga. Genap 7 bulan akhirnya jantina anak kami dah terbongkar. Bayangkan selama 7 bulan nie sembang suami isteri 'anak kita lelaki ke perempuan'. Persoalan yang sama jer..tergelak bila diingatkan balik. Tapi percayalah pada naluri ibu yang sedang mengandung inshAllah tepat. Syukur sangat bila Allah dah makbulkan doa kami. Jantina? Ermmm.. tunggu yea dkna bersalin bulan Mei nanti. Doakan kami sentiasa sihat dan selamat. InshaAllah.

kredit shakiddo.com
Okeh, berbalik kepada cerita scan 4D + detail ni merupakan pengalaman pertama kami suami isteri dapat tengok pergerakan baby bersama-sama. Bila doktor cakap uri berada dalam kedudukan yang baik, air ketuban secukupnya dan perjelasan demi perjelasan yang diberikan oleh doktor dah cukup menyenangkan hati dkna memandangkan sebelum ni keadaan uri dkna berada di bawah.

Kemudian doktor cakap 'oke, ni baby dot..dot..dot..tahniah' dan perkataan pertama yang dkna dengar dari mulut suami "alhamdulilah" sambil mata kami bertentangan. Wah! memang tak percaya tapi dah jelas penerangan dari doktor mengenai jantina anak kami.

Tapi baby agak malu, asyik tutup muka jer setiap kali nak tengok dia. Pemalu macam ibunya kah? hahahahaa.. Doktor mintak mengiring sambil usik-usik perot nak bagi baby tunjuk muka dia tapi hampa. Malunya baby nie...haisshh. Jalan terakhir, dkna diberikan masa untuk rehat sekejap sementara tunggu baby tukar posisi. 

Senang jer nak kacau baby, dkna pulun makan aiskrim McD dan tak sampai 5 minit baby dah mula menendang-nendang. Aiskrim ni dkna dah ready sebelum masuk bilik doktor, dah pesan kat suami beli aiskrim...standby takot baby tak mau kerjasama, kita paksa dia! Oh...kejamnya ibu kacau baby tengah tidur.

Ok! Jom skodeng baby buat apa. Clear! Nampak baby nganga mulut okeh. Baby makan aiskrim jugak yea. Ha..ha..haa..sejuk punya pasal baru dia toleh muka kemudian tutup muka main cikucak ngan ibunya. Dah selesai buat scan, terus call family. Oh! Gumbira..

Korang yang nak buat scan kat sini, dkna alu-alukan dan pastikan korang booking oke. 

Lokasi : Klinik Maria Putrajaya (Alamanda)
Telefon : 03-8861 3444
Perkhidmatan : 4D + detail (CD+Gambar)
Harga : RM 200.00




Post a Comment

Rina Pretty Healthy said... 2/3/15 4:34 PM

yup. saya pon pernah scan 4d di klinik maria putrajaya ni 3 tahun lepas.

RM200 gak, puas hati, walaupun baby malu2, tapi sonographer tetap semangat n tunggu baby buka kaki. yele, tak buka tak nampak la jantina...

http://www.rinaprettyhealthy.com

 
Top