0
Hari yang paling bosan! Kenapa..kenapa..kenapa.. Bila soalan kenapa keluar itu bermakna sel-sel otak anda sedang berhubung...hahahaaa. Kat opis, pandang kiri, pandang kanan, pandang depan ada pc dan bila pandang belakang nampak bantal ulat gonggok! Ngantuk!!

Kemudian pandang kalendar.. April..Mei..ermm..dah 35 minggu berlalu, berbaki lagi 5 minggu. Pejam celik, akan tiba juga masanya. Beberapa perancangan dah dilakukan, inshaAllah dengan izin-Nya semua akan berjalan lancar.



Makin dekat dengan tarikhnya, makin berdebar-debar hati. Kadang-kala minta 'cepatla masa berlalu'...bila dah terasa cepat masa berlalu hati lak terdetik 'kenapa cepat sangat'..hahaaa. Psikologi betul! 3 bulan terakhir banyak perubahan yang berlaku samada dari segi fizikal dan mental. Badan dah makin kembang, bila pakai baju jer rasa macam sarung buah nangka..kahkahkah. 

Buat suami-suami, kalau mereka dapat rasa apa yang isteri rasa pasti mereka termenung jauh. Bila mana isteri mengadu 'sakit' tengah-tengah malam ketika lena diulit mimpi, bila mengadu mengah atau penat dan bila berbicara seperti sesak nafas. Dan bila isteri mengadu yang mana ketika berjalan dah rasa seperti 'pinguin' yang sangat comel! he..he..hee..  

Post a Comment

 
Top