0
Hari Ibu dah tak lama lagi kan, kebetulan pulak dkna pun dah tak lama lagi akan bergelar ibu. Rasa dihargai bila dapat hadiah sempena Hari Ibu. Berkesempatan untuk keluar bersama-sama suami, dkna berikan peluang untuk dia pilih hadiah untuk isterinya yang bakal menjadi ibu tak lama lagi.

Wah! Memang syok tengok orang lelaki memilih hadiah tambah lagi koleksi hadiah yang ada di S&J, Alamanda adalah limited / terhad. 



Dengan harga RM 100, dkna dapat 3 jenis hadiah yang berbeza-beza di S&J dan yang pastinya kesemua hadiah ni adalah koleksi khas / terhad yang direka oleh S&J. Jadi, korang nak dapatkan hadiah yang lain dari yang lain, bolehlah kunjungi S&J. 

Koleksi pertama ialah lampu hiasan boleh dijadikan aromaterapi waktu malam. Gambar atas pula koleksi mug yang mana ada gambar kartun yang sweet sangat tentang ibu dan mug terakhir pula berdasarkan bulan kelahiran ibu. 


Bagi hadiah untuk Hari Guru pulak, ada macam-macam koleksi yang menarik. Antaranya mug yang ada kata-kata khas untuk guru tercinta dan yang sebelah kanan tu bear yang sangat cute dan comel. Motivasi untuk terus berjaya okeh. Bagi hadiah hari guru setiap satunya harga kurang dari RM 30. Tak perlu hadiah yang mahal-mahal asalkan mereka dihargai.


Inilah hasil rembatan di S&J, Alamanda untuk hadiah Hari Ibu dan Hari Guru. Jangan risau, banyak lagi pilihan hadiah untuk diberikan kepada orang tersayang.


Kat sini pon ada sedikan perkhidmatan untuk membungkus hadiah. Teruja dkna tengok pekerja S&J ini membungkus hadiah, sungguh kreatif dan dkna memang puas hati dengan hasil tangan mereka.


Bagi pembaca blog dkna, korang boleh gunakan baucar seperti diatas untuk dapatkan diskaun di S&J. Tak kisah lah dimana-mana cawangan S&J, korang akan dapat diskaun sebanyak 10%. Jangan lupa, cetak baucar ini yea.

Di baucar tertera cawangan-cawangan S&J yang terdiri daripada 17 buah cawangan di seluruh Malaysia. Jom dapatkan hadiah untuk orang tersayang di sana. 

Post a Comment

 
Top