0
Bukan sekali atau dua kali tapi beberapa kali persoalan ni kat telinga. Kadang-kadang bila soalan 'boleh ke bersalin normal? badan kecik?' dan bla..bla..bla di ajukan waktu perut tengah lapar atau seawal pagi rasa nak lempang jer mulut orang yang bertanya tu. 

Bukan setakat tanya dengan nada yang kurang senang, malah dengan mimik muka okeh! Bayangkan nada 'pandang rendah' dan mimik muka yang...errkkk. Subhanallah! Sabar...Sabar..


Kalau tengok dari dalam gambar ni perut dkna tak besar mana pon. Ada yang cakap tak nampak macam mengandung ditambah pulak dengan pemilihan warna serta corak baju tu haaa.. Dan yang paling penting tukang amek gambar nie dah diarahkan supaya sorok perut ibunya..hehehee


Kredit Gambar S&J

Dan gambar ni pulak bila tukang gambar dari lain agensi yang ambik gambar candid. Nampakla sikit mak buyongnya. Ermm... Tapi perlu ke bertanya sambil menyindir tentang kelahiran atau proses bersalin seseorang. Kadang-kala rasa down bila ada yang cakap macam tu. Tak dinafikan dkna berbadan kecik, tambah tolak sebelum mengandung 40kg dengan ketinggian 154cm.

Selalu bila soalan yang sama diajukan, dkna akan jawab dengan penuh postif sambil senyum 'InshaAllah dengan izin-Nya, dapat bersalin normal'. Terubat sikit hati yang hangat. Betul tak?? heheeee..

Oke.. itu jer luahan hati untuk hari nie. Sambil menghitung hari demi hari. Makin dekat tarikh due date, makin rasa gemuruh. Hanya pada-Nya aku pohon doa dipermudahkan segala-galanya. Aminnn..


Post a Comment

 
Top