0
Dengar nama kedainya 'anje' buat dkna tergelak. Wah! Nak makan nasi beriani kat kedai 'anje'..sambil gelak-gelak dkna cakap kat suami. Rupanya kedai ni memang terkenal erk.. Fuh! Baru dkna tau lepas upload gambar kat facebook, ramai yang cakap selalu makan kat sana. 

Gara-gara nak makan apa saja sebelum bersalin, kami redah ke Restoran Anje yang terletak di Bandar Baru Bangi. Sampai kat kedai tu lebih kurang pukul 3.30 petang. Dkna ingat dah tak ada orang sebab waktu lunch dah lepas.

Rupanya masih beratur panjang dalam kedai. Nak dapatkan meja untuk duduk pon susah. Mula-mula sampai tu nak makan nasi beriani kambing, bila dah tiba giliran untuk order katanya kambing dah habis yang tinggal ayam jer.




Inilah rupanya nasi beriani ayam dari Restoran Anje! Nasi beriani nie memang sedap, sirap limau ais pon sedap ok..heehee. Kat sini layan diri yea..tak ada istilah pekerja datang amek order. Nak makan, korang kene gigih beratur panjang. Harganya berpatutan, tak mahal.  

Korang yang nak cuba makanan kat sini boleh waze alamatnya :

Address: No. 15, Jalan SS 15/1C, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
 
Landmarknya ialah Bangunan Niosh & Stesen Petronas berhampiran roundabout UKM.

Korang pernah makan nasi beriani yang dekat Hospital Serdang ? Ramai yang cakap kat sana sedap tapi dkna tak pernah lagi makan walaupun lokasinya hanya sekangkang kera dari Putrajaya.. heheheee


Post a Comment

 
Top