2
Syukur alhamdulillah, hari ni genap 14 hari usia anak teruna dkna yang diberi panggilan nama MIKHAIL. Semoga Mikhail membesar dengan baik seindah maksud disebalik nama yang diberikan oleh ibu dan abi. 

Hari nie dkna berkesempatan untuk berkongsi dengan korang saat melahirkan Mikhail. Sungguh tak sangka Mikhail lahir pada 10 Mei 2014 jam 9.35 pagi. Sesungguhnya rancangan Allah adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga. Harap korang tak bosan baca coretan dkna kali ni yea. Maaf yea kalau coretan nie agak sensitif bagi sesetengah dari korang.

10 Mei 2014 jam 1.30 pagi dkna tersedar dari tidur dan ulang alik ke tandas seolah-olah terbuang air kecil (kencing) tanpa sedar. Waktu tu memang tak terfikir air yang keluar tu adalah air ketuban. Dkna siap boleh mop lantai rumah tanpa kejut suami yang duk tidur. 

Kemudian dkna nak sambung tidur, walaupun ada rasa sakit-sakit. Dalam fikiran baby tengah mengeras, sebab tu dkna sakit. Abaikan sakit..cuba lelapkan mata. Tapi sakitnya makin ketara. Kejutkan suami dari tidur cakap rasa sakit ni tak tahan. 

Dkna dan suami sama-sama tengok jam, kekerapan sakit makin ketara bila 10 minit sekali sakit menyerang Yea.. ni tanda-tanda awal nak bersalin. Suami dah ajak dkna ke hospital. Dkna masih relax kononya tak ada keluar apa-apa tanda. Memang dkna tak terfikir langsung yang 'air' tadi adalah air ketuban.

Tepat jam 3.00 pagi, confirm dah nak bersalin. Dkna jerit kat suami bila nampak tanda keluar darah dan yang paling mengelabah saat tu ialah suami. Kelam kabut nak bawak ke Hospital Putrajaya. Dkna? Ermm.. masih lagi di tahap relax. Sebelum ke hospital, dkna sempat mandi dan perkemaskan diri sambil mintak tolong suami ambik barang-barang yang perlu bawak ke hospital. Dan yang paling kelakar, dkna sempat mintak suami ambik beg bedak yang selalu bawak ke pajabat, Haaaa... dalam keadaan sakit ni masih ada perasaan nak melawa tau.. hehehhee

Lebih kurang jam 3.45 pagi dkna sampai di Hospital Putrajaya. Buat pemeriksaan dan doktor sahkan 'jalan' dah buka 2cm. Bermakna dkna akan bersalin bila-bila masa. Tapi kehadiran dkna di sana tak diterima untuk masuk wad. Okeh, yang nie dkna cerita lain kali yea. Akhirnya dkna dan suami buat keputusan atas 'risiko' sendiri untuk terima rawatan di Hospital Serdang. 

Keluar dari Hospital Putrajaya lebih kurang pukul 5 pagi. Kami singgah makan kat mamak berkembar Presint 9. Teringat kata-kata keluarga untuk makan telur separuh masak supaya lebih bertenaga. Dalam keadaan makin sakit, dkna kuatkan juga semangat untuk habiskan makanan tadi. Niat di hati nak makan roti canai tapi sakit yang menyerang tu buat dkna tak mampu duduk lama atas kerusi...selera makan tetap tinggi okeh...hahaha

Jam 5.45 pagi, kami tiba di dewan bersalin Hospital Serdang dan terima rawatan kat sana. Doktor sahkan 'jalan' dkna dah buka 3cm. Daripada kiraan doktor, dkna akan dimasukan dalam wad memandangkan anak sulung, tempoh masa untuk 'jalan' tu buka sepenuhnya makan masa lebih lama. Nasihat dari jururawat kat sana supaya dkna kuat semangat dengan alasan anak sulung kebiasaannya lambat lagi bersalin. Doktor maklumkan pemeriksaan 'jalan' untuk kali kedua pukul 11.30 pagi. Fuh! lama lagi nak tunggu tu tapi layanan di Hospital Serdang amat baik bagi dkna. Doktor dan jururawat pada masa tu memang murah dengan senyuman dan pertolongan dan rasa sakit tu hilang dengan sendiri bila tengok muka-muka mereka.

Jam 8.30 pagi, jururawat bagitau ada breakfast untuk pesakit. Masa tu keadaan lebih kurang dipaksa untuk makan suapaya lebih bertenaga, tapi dkna tak mampu nak makan sebab dah rasa darah keluar dengan laju. Nasib dkna baik bila doktor datang cari dkna di tempat makan dan dkna maklumkan keadaan yang makin sakit dan darah keluar macam air.

Rasa sakit macam nak buang air besar!! Dalam keadaan yang sama dkna dapat rasa kepala baby dah nak terkeluar. Sempat baring atas katil sambil tunggu doktor buat pemerikasaan, tapi rasa kepala baby tu dah kebawah sangat. Secara automatik dkna meneran. Pandang belah kanan, doktor duk periksa pesakit sebelah kemudian pandang belah kiri nampak lagi sorang doktor. Mulut terus panggil "doktor...saya rasa macam....." tak sempat habiskan ayat, dkna meneran lagi.

Pantas doktor tarik tirai dan sempat bagitau "tadi baru 3cm kan..nak nak bersalin ni".."kepala dah nak keluar, masuk labour room".. Dkna ditolak ke labour room dan sebaik jer suami masuk labour room, dkna terus jer melahirkan Mikhail secara normal. Alhamdulilah..suami disisi ketika dkna melahirkan Mikhail. Hilang rasa sakit bila dengar tangisannya.

Untuk Mikhail, ibu harap suatu hari nanti Mikhail dapat baca coretan cerita kelahiran kamu. InshaAllah.

Post a Comment

Amanina said... 26/11/14 10:14 PM

Betapa besarnya pahala ibu yg melahirkan anak :)

Sy suka nama Mikhail. nama malaikat pemberi rezeki dari Allah kan. insyAllah mikhail akan bawak banyakk rezeki utk ibu ayahnya. Ameen

hanisamanina.com

Lady D'yot said... 27/11/14 8:58 AM

alhamdulillah senang je awak meneran terus lahir baby..hehe

 
Top