0
Kalau ikutkan tarikh sebenar dkna dijangka bersalin ialah 5 Mei 2014. Nah! Bukti tertulis kat buku pink tu. Tapi selepas beberapa kali buat check up kat klinik kerajaan dan swasta, doktor sahkan tarikh due date dkna 19 Mei 2014.

Beza lebih kurang 2 minggu. Kebetulan jugak, hari ini 5 Mei ulang tahun kelahiran suami. Nampak gayanya, baby tak nak kongsi tarikh dengan abinya...he..he..heee.. Kiraan kandungan dkna sekarang dah cecah 38 minggu, ada sesetengah ibu mengandung dah bersalin seawal 2 minggu sebelum due. 



Disebabkan jangkaan tarik bersalin dkna 5 Mei 2014, terjadinya Surprise Untuk Suami. Gigih nak buat kejutan takut tak sempat nak meraikan dan yang paling penting takut tak dapat makan kek. Hari ni hanya sempat bagi ucapan seawal pagi dan yang penting semoga Allah panjangkan usia suami dan dipermudahkan urusan kelahiran anak kami nanti. InshaAllah.


Post a Comment

 
Top