0
Hari nie genap 2 bulan usia anak teruna Mikhail. Alhamdulilah, segala urusan untuk jaga dia dipermudahkan oleh-Nya. Pagi tadi buat lawatan ke Klinik Kesihatan Presint 9 untuk cucuk paha Mikhail. Haaa...ambik kau...nangis okeh! Mungkin terkejut sebab baru bangun tidur, tiba-tiba rasa kene cucuk. Sedih pulak ibu tengok anak menangis sakit macam tu. Kalau boleh digantikan paha ibu, confirm ibu dah kasi paha ni dicucuk. Boleh gitu?? hahahaaaaa...

Usia anak dah masuk bulan ke-2, dkna tengok ada beberapa perubahan kat Mikhail. Dari segi pendengaran, selalu dkna panggil nama dia dan tengok reaksi macam mana. Bila dkna panggil namanya di sebelah kanan, dia akan bagi respon ke kanan dengan memusingkan kepala dan sebaliknya.

Dari segi penglihatan pulak, orang tua-tua kata anak kecil ni hanya nampak muka ibu dan abinya jer dan lain-lain wajah anak kecil ni tak nampak lagi atau samar-samar. Bila dah masuk bulan ke-2, kali ini dkna cuba lak dengan menayangkan botol susu ke kiri dan kanan...haaa.. bab ni ibu agak kejam sebab Mikhail bagi respon mata dia melilau tengok botol susu bergerak-gerak sambil menangis marah...hehehee...

Dan perubahan seterusnya dkna tengok bila baringkan dia atas tilam. Sekejap jer dia duduk elok pada posisi asal, kemudian dia akan pusing badan ke kiri dan ke kanan cam nak meniarap. Kadang-kadang terkejut gak bila tengok dia laju jer pusingkan badan. Bukan apa, takut muka dia tersembam kat tilam, agak bahaya.

Perubahan berat badan pulak makin meningkat. Alhamdulilah...ketika lahir dengan berat 2.74kg, panjang 48cm, usia sebulan dah cecah 3.8kg panjang 52cm dan usia 2 bulan 4.6kg panjang 56cm. Nampak gayanya anak lebih tinggi dari ibu nanti heheheee..

Post a Comment

 
Top